Ahad, 17 Julai 2011

LAGI KISAH AJAIB PAS KEDAH KOW TOW MAHARAJA SOSIALIS DEMO-KERAT DAP.

KISAH AJAIB INI BERMULA SELEPAS PENGUMUMAN PEGUAM PAS MENGENAI PELACUR LORONG HJ TAIB MENYOKONG PAS DALAM PERHIMPUNAN BEERSHIT RM 200 YANG GAGAL, DI MANA MENTERI BESAR KEDAH, AZIZAN MENGUMUMKAN HASRATNYA SUCI MURNI TULUS IKHLAS HENDAK MENUTUP OPERASI SEMUA PUSAT HIBURAN SELAMA SEBULAN SEMPENA RAMADAN DI KEDAH. USULNYA ITU DI BANTAH KERAS OLEH SEKUTUNYA DAP. NATIJAHNYA, DEWAN PERNIAGAAN CINA TELAH MENGHANTAR MEMORANDUM BANTAHAN KEPADANYA. 


Apakah kisah ajaibnya pada kali ini ? MB Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bercadang menguatkuasakan sepenuhnya ENAKMEN HIBURAN DAN TEMPAT-TEMPAT HIBURAN 1977-peraturan dan undang-undang yang telah digubal pada masa zaman pemerintahan BN- Larangan pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan. Apakah bentuk larangan yang hendak dikuatkuasakan oleh beliau?

Berdasarkan kepada Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1977, larangan dikenakan ke atas semua jenis premis yang menjalankan perniagaan berbentuk hiburan beroperasi di dalam bulan Ramadan. Kategori hiburan yang di larang beroperasi ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

Datuk Seri Azizan berkata berkenaan dengan pusat snuker dan kafe siber pula ianya bukan hiburan tetapi dikategorikan sebagai hiburan (mengikut tafsirannya sendiri ler nie) dan dia juga meminta pihak PBT Kedah  memperjelaskan terperinci apakah dimaksudkan dengan hiburan (JS: Takrifan kategori Hiburan bukan terletak pada PBT tapi DUN / pentadbiran Eksekutif, kenapa hendak meletakkan beban kesalahan ke atas PBT?)


Pihak DAP pula tidak bersetuju amat malah Karpal Singh mengeluarkan amaran akan menyaman kerajaan negeri Kedah jika larangan itu dikuatkuasakan. Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik berkata tidak pernah bersetuju dalam DUN mengenai larangan tersebut (Perundangan itu sudah ada, hendak bersetuju apa?)  malah mengesyorkan agar perundangan terbabit dimansuhkan (tanpa memberi sebarang sebab dan alasan) 




Mufti Perak Datuk Harussanai dan MAZA pula memberikan pandangan agar tindakan kerajaan KEDAH tersebut dicontohi, 


(pandangan yang baik namun hanya boleh dilaksanakan  jika UMNO dan PAS berkerjasama erat tapi dalam keadaan sekarang larangan tersebut lebih banyak mengundang masalah SIYASAH daripada SYARIE' yang akan menjejaskan pula maslahah SYARIE' yang berpanjangan) 

Sememangnya kita pun mahu ada larangan sedemikian di dalam bulan RAMADAN, namun orang ISLAM sendiri pun masih belum memperkuatkan ukhuwah mereka. Orang PAS di depan UMNO boleh berlakon baik setuju tapi di belakang UMNO apabila berjumpa dengan DAP, dah lain pula ceritanya. Selama inipun, PAS kuat mencanangkan kepada semua bahawa DAP sudah memahami ISLAM tetapi jika benar-benar DAP memahami ISLAM sudah tentulah tiada sebarang bantahan dan ugutan dikeluarkan oleh pihak DAP.


Kini, PAS KEDAH terpaksa pula memberikan Tunjuk Sebab kepada PAS PUSAT di atas tindakannya itu. Ini sepatutnya tidak berlaku samasekali jika benar dakwaan PAS bahawa DAP benar-benar memahami ISLAM. 

Polemik yang berlaku dalam isu ini sebenarnya berpunca daripada sikap PAS sendiri yang selama ini giat menjalankan pelbagai fitnah dan dakyah melabelkan kerajaan BARISAN NASIONAL yang diterajui oleh UMNO sebagai TIDAK ISLAMIK dan MENOLAK HUKUM HAKAM ISLAM serta memuji berlebihan DAP. 


Natijah daripada perbuatan PAS sendiri, telah memnimbulkan polemik yang kurang menyenangkan ini serta menyebabkan sebahagian ulama yang tidak berpihak merasa serbasalah. Jika PAS KEDAH gagal menguatkuasakan larangan tersebut, ianya merupakan satu kekalahan teruk kepada maruah ISLAM. Jika PAS KEDAH berjaya melaksanakannya, sudah tentu ianya menimbulkan percanggahan pendapat di negeri-negeri yang ditadbirkan oleh UMNO. Maka akan berlakulah perlumbaan SIYASAH yang tidak sihat. Maknakata, samada PAS KEDAH berjaya atau tidak, ISLAM tetap terjejas dan tercalar serta bakal di pandang sebagai sebuah agama yang mementingkan hukum hakamnya sendiri serta membelakangi sentimen orang bukan Islam. ISLAM tidak akan di pandang sebagai agama bertolak ansur serta bakal di lihat sebagai AGAMA YANG MEMAKSAKAN HUKUM HAKAMNYA KE ATAS ORANG BUKAN ISLAM. INI AKAN MENAMBAHKAN LAGI KEBENCIAN TERHADAP ISLAM DAN KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN.


PAS KEDAH sewajibnya memikirkan lebih dalam dan berfikir panjang. Andaikata, selama ini PAS tidak pernah menunjukkan perlawanan terhadap UMNO dalam apajua polisi menerapkan nilai-nilai ISLAM dan tidak berdiri kukuh di belakang DAP,PKR , PSM & PRM, sudah tentu pada hari ini, jika umat ISLAM mahu mengadakan larangan sedemikian, orang bukan ISLAM sudah tentu lebih memahaminya dari sekarang, malah tidak keterlaluan jika dikatakan KEMUNGKINAN BESAR MEREKA SENDIRI MAHUKAN LARANGAN TERSEBUT DILAKSANAKAN ! ITULAH KEAJAIBAN YANG KITA MAHUKAN !


TEPUK DADA TANYA IMAN
ingat PAS ingat PELACUR & PEMBOHONG
ingat PKR ingat DAJAL AL MASIKH
ingat DAP ingat SOSIALIS CAUVINIS RASIS KOMUNIS.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...