Isnin, 18 Julai 2011

WAJIB DI BACA & DISEBARKAN : BUKTI PENDEDAHAN TAHALUF SIYASI YANG DISELEWENGKAN PAS.(1)

PERSOALAN YANG SERING BERMAIN DI KOTAK FIKIRAN KITA IALAH KENAPA PAS BEGITU LUNAK DENGAN DAP & PKR SEJAK PASCA PRU 12 (2008) DAN KENAPA PAS SENDIRI MEMBELAKANGI ARAHAN DEWAN ULAMA PAS YANG PERNAH MENGHARAMKAN SEBARANG KERJASAMA DENGAN FIRQAH & HARAKAH BUKAN ISLAM? JAWAPANNYA IALAH KERANA PAS BERPEGANG KEPADA TAHALUF SIYASI. APAKAH TAHALUF SIYASI? APAKAH HUKUMNYA? SAYA TELAH TERJUMPA DENGAN SEBUAH KERTAS KERJA YANG DI TULIS OLEH KETUA PENERANGAN DPP PASIR MAS YANG DI TULIS OLEH BELIAU PADA 16 JUN 2008. APA YANG SAYA TELAH BACA ADALAH AMAT MENGEJUTKAN !

Kertas kerja tersebut bertajuk:"TAHALUF SIYASI DALAM KONTEKS PERJUANGAN PAS DI MALAYSIA PASCA PRU 12 SERTA PANDANGAN ULAMA' HARAKI MENGENAINYA"





TAHALUF bermakna perjanjian samada bertulis atau secara lisan. SIYASI bermakna SIASAH yakni politik dan pemerintahan. TAHALUF SIYASI dalam konteks SIASAH ialah PERJANJIAN PERSEFAHAMAN KERJASAMA ANTARA HARAKAH ISLAM DENGAN MANA-MANA PIHAK YANG BUKAN ISLAM BAGI MENGHADAPI MUSUH YANG LEBIH BESAR DALAM KONTEKS POLITIK/ PEMERINTAHAN. Takrifannya hampir sama seperti KONTRAK SOSIAL.

TAHALUF SIYASI ada 2 jenis :-

(1) Yang diterima oleh Allah swt dan Rasullullah s.a.w.
(2) Yang tidak diterima oleh Allah swt dan Rasullullah s.a.w.

Sekarang kita lihat apa yang di tulis oleh KETUA PENERANGAN DPP PASIR MAS di dalam kertas kerjanya mengenai pengertian TAHALUF SIYASI:-



Pengertian Tahaluf Siyasi 
Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.
Takrifan yang diberikan olehnya berputar-putar dan berbelit-belit. Malah telah menghalalkan TAHALUF SIYASI YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT DAN RASULLULLAH S.A.W. iaitu :-

 Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. (KAFIR HARBI)

Seterusnya, Ketua Penerangan DPP Pasir Mas menuliskan sesuatu yang menjadi jawapan kepada persoalan kita semua, seperti berikut:-

Keperluan Kepada Kefahaman Tahaluf Siyasi 
Hari ini, kedudukan PAS sangat berbeza dengan senario 1970-an, 1990 dan 1999. Buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, PAS berdepan dengan cabaran sebenar sebagai ‘kerajaan dalam penantian’. PAS berdepan dengan realiti sebagai anggota kerajaan campuran. Kerajaan Selangor, Perak mahu pun Kedah bukan kerajaan PAS, namun kerajaan pakatan. 
Setiap gerak PAS pastinya akan  seringkali berada di persimpangan antara agenda Islam dan hasrat rakan-rakan. 
 Penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat bersama-sama PKR dan DAP yang sama sekali tidak berhasrat untuk memperjuangkan agenda Islam menuntut PAS untuk menyatakan dalil syarie yang jelas yang membolehkan PAS bersama-sama mereka memerintah tanpa menjadikan Islam sebagai asas negara dan negeri-negeri. 
Penjelasan serta gambaran yang jelas seperti perlu segera dibuat oleh PAS memandangkan masih ramai yang menyokong dan mendokong PAS kerana dasar Islamnya. Adalah dibimbangi dalam keadaan isu-isu yang sering timbul ditambah dengan permainan media massa milik kerajaan UMNO/BN, hasrat PAS untuk melangkah lebih jauh bersama Pakatan Rakyat tidak akan kesampaian.

Sejak 2008 lagi, PAS sudah mengambil dua ketetapan muktamad siasah bahawa pertama, ianya adalah 'sebuah kerajaan dalam penantian' dan kedua akan memerintah bersama-sama DAP dan PKR tanpa menjadikan ISLAM sebagai asas negara dan negeri-negeri.

Bagi mencapai kedua ketetapan siasah tersebut, PAS di tuntut untuk menyatakan dalil syarie yang membolehkannya berbuat begitu. Bermakna, PAS akan memperalatkan dalil syarie (AlQuran, Hadis, Ijma' dan Qias) untuk mencapai matlamat untuk BERKUASA dan bukan untuk MENEGAKKAN ISLAM.

Ternyata pada Jun 2011, matlamat tersebut sudah nampak jelas di mana PAS mengubah haluannya dari NEGARA ISLAM kepada NEGARA KEBAJIKAN. Mengharuskan Bughah dan Hiraabah dengan Muzhaharah dan banyak lagi tindakan-tindakan siasah PAS yang membuktikan kedua ketetapan siasah tersebut.Katalain, PAS sanggup melakukan apa yang di sebut sebagai MENGHALALKAN CARA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT. Paling menyedihkan ialah ketetapan siasah yang di buat PAS menetapkan UMNO dan BARISAN NASIONAL sebagai MUSUH BESAR mereka.

PAS juga amat bimbang jika kedua ketetapan siasah tersebut akan terhalang dan untuk memastikan kedua ketetapan siasah itu tercapai, PAS akan terus menerus melakukan dakyah propaganda secara bertali arus. Jadi amat jelaslah kepada kita, Kertas kerja yang di tulis oleh Ketua Penerangan DPP Pasir Mas memperjelaskan kepada kita niat dan maksud sebenar PAS selepas pasca 2008. 

Jika kita mengetahuinya, adalah tidak mustahil DAP juga mengetahuinya. Oleh itu, DAP telah memanipulasikan sentimen kedua ketetapan siasah PAS tersebut demi kepentingan politik sosialisma cauvinis rasis komunis DAP. Walaupun , PAS berhasrat agar dapat memperalatkan TAHALUF SIYASI untuk mendapatkan keuntungan maksimum  untuk mengambil kesempatan yang ada dalam usaha menegakkan agama ALLAH SWT, nampaknya apa yang berlaku adalah sebaliknya yakni DAP lah yang dapat KEUNTUNGAN MAKSIMUM daripada TAHALUF SIYASI untuk merobohkan agama ALLAH SWT. Adakah PAS mampu hendak merempuh TIRAI BESI SOSIALISMA ? Kerana di awal kertas kerja PAS hendak memerintah tanpa menjadikan ISLAM sebagai asaa negara dan negeri-negeri tapi di dalam penutup PAS mendakwa nahu menegakkan agama ALLAH SWT? Betapa kelirunya pemikiran PAS ini sehingga tunggang terbalik TAHALUF SIYASI.




Dalam siri kedua, akan didedahkan bagaimana PAS sebenarnya tahu bahawa HUKUM TAHALUF SIYASI dalam konteks siasah di MALAYSIA jatuh ke dalam martabat HARAM jika ianya dilakukan dengan KAFIR HARBI seperti DAP dan unsur syubahat mudarat seperti PKR.

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, PAS MELACURKAN AGAMA ISLAM MELALUI TAHALUF SIYASI YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT & RASUL-NYA!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

3 ulasan:

usin berkata...

dalam konteks matlamat menghalalkan cara, pas terlupa bahawa ada satu kuasa yg sangat besar yg boleh menjayakan @ menggagalkan hasratnya memperolehi kuasa memerintah. adakah ALLAH SWT redha dgn apa yg dilakukan pas? menjadikan manusia seagama dan sekiblat sebagai MUSUH BESAR SEBENAR dan menjadikan MUSUH ISLAM sebagai rakan subahat? pas telah gagal dalam ujian Allah mengurus perjuangan.

Jas Salleh berkata...

Ya benar tu bro ...
di minta sebarkan artikel ini seluas-luasnya
diizinkan mengambil apa2 saja material di dalam blog ini

Tanpa Nama berkata...

Minta disiarkan di media perdana, TV3,RTM,Utusan,Berita Harian, Harakah, Suara Keadilan,Metro, Sinar kemudian buatlah judgement

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...