BISMILLAHI ALLAHU AKBAR
Indeks WTI & Brent Crude Oil menunjukkan harga minyak mentah sedunia pada kadar USD58.33 & USD62.01. Tengok la kat link oil-price.net. Ada 20 buah negara lain yang turut menaikkan harga petrol runcit mereka cam Malaysia Ku Indah Harmoni. Tapi, ambe duduk kat Malaysia bukan di 20 buah negara berkenaan. So apa saja 20 buah negara tu buat, not my concerned lar.
Ambe cuma nak bertanya kepada gomen & pentadbiran yang ambe pilih & defend selama ini, kenapa dinaikkan harga runcit petrol pada masa harga minyak mentah sedunia masih dalam keadaan menurun?
Ada yang kata Nilai Ringgit Malaysia turun, tapi baru-baru ini gabenur BNM pun kata Ringgit sedang mengukuh. So far lah, nilai ringgit dari April ke 30 Jun 2015, dalam kadar 1USD - 3.6, 3.5 & 3.7 .
Ambe bukan komplen, ambe cuma nak bertanya kenapa dan mengapa kepada Pembuat Polisi (jangan jadi Perosak Polisi dah ler) Ambe bertanya sebab ambe nak xplen kat orangramai kenapa dan mengapa harga minyak dinaikkan. Tahu lah nak raya neyh.
Pada masa yang sama, pendapatan majoriti rakyat tak naik atau bertambah kecuali penerima BRIM dan penjawat awam termasuk segala Menteri, Ahli Parlimen dan ADUN. Bukan nak kecoh pasal seposen. Tapi nak kecoh pasal apa tak menten je pada RM1.95 sehingga akhir tahun?
Takkanlah naik sebab kapal tangki MT Orkim Harmoni kena sailang dek lanun. Itu baru sebuah je kapal tangki. Mustahil dek sebuah kapal tangki kena samun, petrol runcit naik seposen. Tapi tak tau lah kan.
Bukan mudah nak lawan persepsi-persepsi buruk pasal kenaikan seposen tu. Kena maki hamun dan sumpah seranah lagi ada ler.
Orangramai tak tengok dah taim Januari sampai Mei di mana rega petrol runcit di bawah paras $2.00 dan menten pada $1.95 selama tiga bulan berturut-turut.
Dalam kefeningan begini, nak beri solusi pun sukar sebab macam tak masuk akal lah plak. Kata guna sistem apungan di mana jaminan diberikan bila harga minyak mentah dunia turun maka harga petrol runcit pun turun. Tapi kenapa jadi begini plak? Harga minyak mentah dunia turun tapi harga petrol runcit naik seposen, adeeehhhh, kasi panadol soluble satu.
Ini di tambah lagi dengan isu perlaksanaan GST yang masih lagi dalam kebuntuan, isu 1MDB yang sepatutnya Laporan Audit Keluar tapi belum disiarkan lagi.
So, ambe harap MOF, KPDNKK , PEMANDU , Konsultan dan Media PMO boleh beri penjelasan yang tegas, jelas & terang serta berfakta kenapa dan mengapa harga petrol runcit naik pada masa harga minyak mentah turun. But, plis dont stori pasal 20 buah negara lain naikkan harga petrol runcit mereka atau jawapan-jawapan yang terawang-awangan di antara langit dan bumi.
Berterus-terang dan jujur itu lebih baik dari merapu dan meraban.
So, ambe tunggu je la jawapan-jawapan berkenaan sementara melayan fenin kepala ambe ini. Yang ambe tahu, esok ambe kena tambah seposen bagi setiap liter minyak selama sebulan. Pendapatan tak bertambah juga. Namun begitu harga yang ambe beli petrol pada Disember 2014 jauh lebih tinggi dari sekarang. Pada Disember 2014, ambe beli petrol runcit $2.25/liter, esok cuma $2.15/seliter.
Apa-apa pun ambe kena jual besi buruk lah nampaknya.
Apa-apa pun ambe kena jual besi buruk lah nampaknya.
3 ulasan:
As salam..Ini adalah tanda2 Umno dan Bn akan kalah di Pru akan dtg.Mereka mempunyai Punahsihat2 yg amat bodoh dan tidak memikirkan rakyat.Jgn ingat rakyat bodoh dan ambil kesempatan di atas apa yg jd pada pembangkang.
#ILOVEPM
#manatelor
#pembohong
#ILOVEPM
#manatelor
#pembohong
Catat Ulasan