Selasa, 30 Jun 2015

TEORI TEMPOH LUPUT POLITIKUS JURASIK PURBAKALA MALAYSIA.


Mujurlah ambe malas nak edit gambo di atas, Korang pun boleh agak lah sapa yang ambe maksudkan sebagai Politikus Jurasik. 

BISMILLAHI ALLAHU AKBAR 

Berikut adalah kategori-kategori Politikus yang masih bebas berkeliaran di Malaysia untuk kekal status-quo, bernostalgia & nak kekal populer :-

Politikus Jurasik Purbakala (POJURUB) 

Ini adalah spesis Politikus yang telah bertaraf mantan-bentan belaka.
Pernah menduduki takhta dalam kabinet dan dalam parti tupperware mereka. 
Berusia lebih dari 60 tahun ke atas dan memegang jawatan dalam parti melebihi 2 penggal berturut-turut. Tapi masih merasakan mereka amat terhebat serta relevan dalam senario politik pada masakini. 

Kerapkali mereka akan beraksi di instagram, tewiter dan fesbuk dalam pelbagai gaya 'Selfie'. 

Disamping itu juga mereka amat suka bergambar di majlis-majlis berbuka puasa, di masjid pada hari Jumaat dan adakalanya aksi turun dari jet. 

Mereka ini kalau ke Bazam amat suka gambar di ambil bersama 'crowd' yang ada bagi membuktikan betapa masih 'disayangi' sehingga di cium-cium pipi.. 

Kelaziman mereka ialah suka menumbangkan mana-mana politikus yang mengambil tempat mereka walaupun mereka yang beri restu. 

Kebiasaannya mereka ini dikelilingi oleh segelintir anak-anak muda yang menjadi pemuja, pembodek dan pengsyok sendiri mereka. Golongan itulah menjadi Nadi Penggerak dan Talian Jangka Hayat politikus jurasik purba (POJURUB) 

Adakalanya POJURUB neyh mempunyai anak-anak yang bergiat dalam NGO serta menjadi pemegang jawatan tertinggi dalam gomen dan dalam parti. 

Ada juga yang dikerumuni bagai langau kerumun dot dot dot selaku penasihat-penasihat dalam taraf konsultan. 

Makanan yang paling di cari ialah popiah.

Politikus Zombi 

Spesis ini memang banyak berkeliaran sekarang terutama dalam mendiang Pakatan Rakyat. Ada macma-macma jenis dan spefikasi. Ada yang boleh di buat 'Budak Suruhan' 

Sentiasa kekurangan zat 'Otak' dan sentiasa mencari 'otak-otak' cuma sepsis ni tak sama dengan zombi kpg pisang. 

Zombi Kpg Pisang cari 'Otak Segar Yang Cerdik'. Spesis Politikus Zombi cari 'Otak Yang Tak Cerdik' . 

Tarikh Lupus

Baru-baru ini sebuah universiti terbuka di fesbuku telah menerbitkan beberapa siri penemuan yang tak mengejutkan sangat mengenai jangkahayat kedua spesis politikus di atas. 

Hasil kajian mereka yang di sapot oleh pakcik gugel, mendapati bahawa jangka hayat kedua spesis berkenaan dijangkan luput kurang lebih 6 bulan sebelum PRU 14. 

Ada beberapa Teori dikemukakan bagi sebab-musabab berlakunya perlupusan kedua spesis berkenaan. 

Teori pertama mengandalkan bahawa berlakunya perlanggaran meteor bergarispusat 4 inci dari barat ke timur dan 6 inci dari utara ke Selatan menghentam garisan Khatulistiwa tepat jam 12 tengahari waktu Indonesia Barat. Ini mengakibat satu letusan kecil berlaku kepada semua saluran ventrikel  darah utama ke otak dan jantung mereka. Mengakibatkan fungsi jantung dan otak mereka berhenti serta merta. 

Teori Kedua mengandalkan bahwa mengikut ramalan cuaca sekarang, apabila berlaku perubahan pada pergerakan angin monsoon timur laut mengarah ke Selatan ke Laut, mood mereka turut berubah. Mereka akan melakukan penghijrahan secara sukarela mencari tempat lebih sejuk di kutub Utara. 

Teori Ketiga mengandalkan, akan berlaku gerhana bulan dan matahari secara mengejut menyebabkan kedua spesis terkejut lalu .. Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun. 

Teori Keempat mengandalkan, berlakunya runtuhan ekonomi sara hidup mereka secara mendadak akibat pertengkaran kecil bagi berkahwin di Siam. Ini mengakibatkan saman sivil dalam jumlah yang amat besar untuk membayar barisan peguam. 

Teori Kelima mengandalkan, dalam beberap hari ini penyelidik dan pengkaji akan memberikan keputusan hasil kajian selidik mereka. 

Teori Keenam mengandalkan, masih belum dapat sebarang ide apa untuk menyindir lagi ... sabar yer kebetulan masa tengah menulis yang keenam ni, azan subuh berbunyi menandakan bermulanya saat berpuasa pada hari ini. 

Sekian terimakasih kerana sabar membaca membuktikan anda memang seorang yang amat penyabar dan mampu menghabiskan puasa pada bulan ini dan pada tahun ini. Melayakkan anda meraikan 1 Syawal dan mendapat cuti bonus daripada majikan anda. 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...