Rabu, 18 Mac 2015

USUL UNTUK RAKYAT TAKDE SEJAK 2008. YANG ADA USUL UNTUK IZZAH & PAPA. KETUM.

Kemain syok Izzah tengahari tadi. Dibebaskan dengan Jaminan Molot (mujur tak cemolot). Itu la kelebihan dan keistimewaan menjadi Anak Papa Ketum. Cakaplah apasaja, buatlah apasaja, totap Tak Salah punyer. Boleh selfie lagi.

Yang salah ialah jet baru dan GST. Tak boleh jeles ler. Dah Lanskap Politik sejak 2008 ialah Memertabatkan Keluarga Papa Ketum.  Masa mengundi semua nak percaya apa Keluarga Papa Ketum kata. Kan tak boleh komplen sekarang. Cuma, bila rakyat di timpa kesusahan tolonglah, plis lah jangan ganggu Keluarga Papa Ketum. Depa banyak kerja lain nak buat dan pikir dari fikir masealoh korang yer. 

Lepas ini anak Papa Ketum yang comel tu nak bawak Usul Mencela PDRM dalam Parlimen. Tugas utama MP dan ADUN PR di mana-mana ialah buat Usul Mencela. Cela Rosmah, Cela rambut Rosmah, cela beg tangan Rosmah, cela para hakim, cela GST, cela jet rasmi gomen, cela Najib, cela agama Islam, cela warna seluar dalam semua orang. 

Jangan haraplah ada Usul untuk Rakyat daripada anak Papa Ketum dan kawan-kawannya dalam Dewan Rakyat. Yang penting ialah Papa Ketum dan keluarga anak Papa. Rakyat dah tahu jaga diri mereka. Lagipun BN dan UMNO kan ada. 

Rakyat ingatkan kalau sokong dan beri banyak kerusi kat kawan-kawan anak Papa Ketum, akan banyaklah Usul-usul untuk jaga rakyat disuarakan. Mengkarap je ler. 

Itulah kan keistimewaan dan kelebihan menyokong anak papa ketum dan rakan-rakan syubahatnya. Apa pun takde dapat. Yang dapat cuma publisiti sekali sekala kuar dalam tv kat luar negara dalam 15 saat. Kira hebat la tu. Dan upah RM200,00.

Begitulah kan Kuasa Rakyat amalan anak papa ketum dan rakan-rakan syubahatnya, Yakni memberikan Kuasa kepada anak papa ketum, papa ketum, mama kipas dan rakan-rakan syubahat mereka Kuasa Berada Di Atas Semua Undang-undang yang ada kat dunia ini. Jangan Komplen, kan itu yang Undi Fofuler punya perjuangan. Haish.


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...