Khamis, 18 Disember 2014

DAP & PKR IDIYET PERLU HENTIKAN PROVOKASI DAN JANGAN KACAU HAK MELAYU SERTA ISLAM


Bila AMBIGA tanpa segan silu dan secara gelojoh sifar cerdik menghamburkan maki hamun terhadap tindakan mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH, kita Melayu Kebanyakan fahami tindakan biadap Ambiga. Setakat ini, Melayu Kebanyakan masih mampu menahan diri dari membalas kebiadapan Ambiga. Tidak seperti Ambiga yang sifar matang dan sifar cerdik, Melayu Kebanyakan tahu orang seperti Ambigalah yang membawa perkauman dan mengocak konflik keagamaan. 

DAP sudah sebulat suara menolak Hudud. Ahli Parlimen Kuala Langat PKR yang pro DAP sudah menempelak bantahan Projek Babi Mega di kawasan Majoriti pengundi Melayu. Puak PAS di Kuala Langat mendiamkan diri membiarkan DAP-PKR menindas dan menyusahkan majoriti Melayu Kebanyakan di Kuala Langat. 

Di Pulau Pinang, DAP kacau ganggu hak Islam dengan sengaja membuat penghinaan kepada mahkamah, Yang DiPertuan Agung dan orang Islam, membenarkan kalimah ALLAH digunakan orang bukan Islam. Sedangkan DAP tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Begitu juga dengan Larangan Perarakan Maulidur Rasul yang dikatakan bakal dikuatkuasakan oleh DAP di Pulau Pinang. Kemungkinan besar, akan menjadi polisi utama PR bila menjadi Kerajaan Pusat. 

Jelas sebenarnya, politikal DAP PKR adalah amat anti Islam. Dan PAS pula seperti rakan politikal yang bisu, pekak dan buta dalam mempertahankan institusi Islam serta Hak Melayu dalam Perlembagaan. 

Melayu Kebanyakan perlulah bangkit dan bersuara menantang semua polisi dan tindakan provokatif serta kacau ganggu yang di buat DAP-PKR. Jangan duduk dan tengok serta tunggu UMNO dan PAS serta NGO yang bersuara. Anda pun perlu bersuara mempertahankan Hak-hak anda dan maruah ISLAM. 

Anda boleh melakukannya di media sosial dan letakkan status KAMI BANTAH SIKAP PERKUAMAN DAN ANTI ISLAM DAP-PKR- BERHENTILAH, HORMATI HAK MELAYU & ISLAM. 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...