Selasa, 14 Oktober 2014

BAJET 2015 - JUMLAH YANG BERKITAR DI KALANGAN SIAPA - SUDUT PANDANG PENOREH GETAH.


Jari-jemari gatal plak nak menulis mengenai Agihan dan Jumlah yang bakal berkitar dalam Bajet 2015 ($273.9 bilion) pada tahun depan. Bagi melihat dan mengintai apakah Peluang yang ada untuk 'Merasai Nikmat Bajet $273.9 bilion' agar menjadi Pembeli/Pengguna Yang Bersyukur dan Redho. 

Mula-mula, kita teliti dulu sebahagian dari Teks Ucapan DS Najib mengenainya:-
PERUNTUKAN BAJET 2015
Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2015 memperuntukkan sejumlah 273.9 bilion ringgit iaitu
peningkatan sebanyak 9.8 bilion ringgit berbanding peruntukan asal 2014. Daripadanya,
223.4 bilion ringgit bagi perbelanjaan mengurus dan 
50.5 bilion ringgit sebagai perbelanjaan pembangunan.
Di bawah peruntukan mengurus, 
65.6 bilion ringgit adalah untuk Emolumen, dan 
38.1 bilion ringgit untuk Perkhidmatan dan Bekalan. Agihan terbesar sebanyak 116.4 bilion ringgit adalah untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. 
Pembelian Aset pula diperuntukkan
sebanyak 
1.5 bilion ringgit dan
1.8 bilion ringgit untuk perbelanjaan lain.
Di bawah peruntukan pembangunan, 
sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak 29.3 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 12.6 bilion ringgit merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan serta kesejahteraan masyarakat. 
Sektor keselamatan pula diperuntukkan sebanyak 4.9 bilion ringgit. 
Selebihnya, diagihkan kepada sektor pentadbiran am iaitu sebanyak 1.7 bilion ringgit dan 
simpanan luar jangka sebanyak 2 bilion ringgit
Pada tahun 2015, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan sebanyak 235.2
bilion ringgit, yakni peningkatan sebanyak 10.2 bilion ringgit berbanding 2014
Ok, dari situ, kita mula pisah-pisahkan jumlah Bajet $273.9 bilion berkenaan. Bajet berkenaan dipecahkan mengikut dua bahagian yakni Perbelanjaan Mengurus & Perbelanjaan Pembangunan. Dari situ ianya dipecahkan lagi mengikut sub-bahagian masing-masing. Jadi, kurang lebih bentuknya seeperti dibawah:-

Bajet : $273.9 bilion       Unjuran Pendapatan Negara 2015: $235.2 bilion.    Defisit: $38.7 bilion

1. Perbelanjaan Mengurus $223.4 bilion 
- Emolumen (gaji, elaun, bayar kontrak konsultan)  $65.6 bilion 
- Perkhidmatan & Bekalan  $38.1 bilion
- Pemberian & Kenaan Tetap $116.4 bilion 
- Pembelian Aset  $1.5 bilion 
- Perbelanjaan Lain $1.8 bilion 

Dibawah agihan ini sebesar $223.4 bilion, pihak manakah yang bakal memperolehi sebahagian besar jumlah berkenaan?  $116.4 bilion itu takpelah, sebab bayar hutang-hutang negara. 

Tapi jumlah  $65,6 bilion + $38.1 bilion + $1.5 bilion + $1.8 bilion = $107 bilion itu dapat kepada siapa untuk dinikmati? Jumlah itu tidak akan berkitar di bawah untuk dinikmati oleh rakyat bawahan.

Hairan juga ada pembelian aset sejumlah $1.5 bilion diperuntukkan. Apakah mungkin kereta rasmi akan berubah lagi atau bakal ada renovasi pejabat?

2. Perbelanjaan Pembangunan $50.5 bilion (jumlah jauh lebih kecil berbanding Emolumen $65.6 B)
- Sektor Ekonomi $29.3 bilion (bandingkan dengan Emolumen $65.6 bilion belanja hangus) 
- Sektor Sosial $12.6 bilion (bandingkan dengan Emolumen $65.6 bilion belanja hangus) 
- Sektor Keselamatan $4.9 bilion 
- Sektor Pentadbiran Am $1.7 bilion 
- Simpanan Luar Jangka $2 bilion

Dalam jumlah ini adalah sikit sampai ke rakyat tapi tak sepenuhnya, Masih ada banyak tapisan macam-macam. dari sini kita boleh buat agakan cerdik, dimana ada jumlah yang takkan kesampaian memandangkan ada defisit $38.7 bilion dan kutipan hasil yang berlaku pun tidak serentak. Oleh itu kita boleh menjangkakan, subsidi petrol mungkin di tarik lagi pada hujung tahun 2015. 

3. BRIM $4.9 bilion. (Emolumen $65.6 bilion) 
Hanya jumlah ini sahaja yang boleh diharapkan berkitar di kalangan rakyat. Jadi anda perlu menjadi kreatif bagaimana nak menjual produk kepada penerima BRIM. Andaikata anda mampu menyakinkan penerima BRIM untuk membeli produk anda pada harga berpatutan, kemungkinan besar anda boleh 'menoreh'  sikit dari jumlah $4.9 bilion. 

Pihak peruncit bolehlah mengharapkan berlakunya perbelanjaan daripada penerima BRIM. Itu pun ikut untung nasib peruncit memasing lah. Jika kreatif memasarkan produk, kemungkinan mendapat laba yang boleh menampung perbelanjaan selama dua tahun. 

Jadi pada sudut pandang Penoreh Getah, ada kemungkinan besar, jumlah yang betul-betul realistik berkitar pada tahun depan dari jumlah Bajet $273.9 bilion ialah sejumlah $4.9 bilion dan $5 bilion sahaja. Menjadikan jumlah anggaran yang berkitar sebanyak $9.9 bilion sahaja.

Selebihnya, hanya berkitar di kalangan para Elitis Terpilih, Konsultan Eksklusif, Kontraktor Selektif dan Pembekal Yang Disayangi. 

Dengan itu, kita patut bersyukur dan redho kerana Menteri pun ikat perot. 

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...