Isnin, 13 Oktober 2014

BAJET 2015 - IDRIS JALA & OMAR ONG-kos SEPATUTNYA PAKSA SWASTA BAYAR GAJI RM7 ,000 KEPADA PEKERJA.


Data di atas diambil dari sumber National Debts Clock ada lagi satu sumber daripada The Economists tapi data-data mereka amat prejudis. 

Bila kita melihat data daripada sumber bebas yang menganalisa data-data daripada Bank Dunia dan sumber-sumber sah kerajaan, ternyata GDP/ KDNKK MALAYSIA adalah tinggi mencecah RM1.037 trilion setiap tahun. 

Ini bermakna, Malaysia sudah pun menjadi sebuah Negara Maju Berpendapatan Tinggi waima masih mengamalkan subsidi. 

Ada beberapa perkara yang menjadi tanda tanya kepada kita bila membaca dan menganalisa data di atas yakni:-

  1. Kenapa gaji di swasta masih begitu rendah pada julat RM1,000 - RM3,000 sebulan kepada para pekerja di semua peringkat kecuali bagi Pegawai Eksekutif dan Pengurus-pengurus Besar?
  2. Kenapa PEMANDU yang diketuai Idris Jala dan dibayangi oleh Omar Ong-kos , Menteri CGPA serta Menteri Ikat Perot gagal melihat keadaan ini?
  3. Data diatas jelas menunjukkan kepada kita pihak swasta memang bikin duit banyak-banyak dan untong besar. Tapi kenapa mereka enggan mengagihkan kemewahan dan kekayaan itu kepada para pekerja mereka melalui Skim Gaji yang lebih lumayan daripada sekarang?
  4. Kenapa komitmen me-LIBERALISASIKAN sektor SWASTA YANG BERMERIT DAN MENERIMA BANYAK SUBSIDI SERTA INSENTIF PENGECUALIAN CUAI (TAHUN DEPAN DIKECUALIKAN 1%)  begitu lembab dan tak pernah wujud pun daripada PEMANDU? Sebaliknya, LIBERALISASI GLC dititik beratkan dimana pihak swasta 'Makan Harta Bahagian Rakyat dan Melayu'.
  5. Sepatutnya, gaji permulaan bagi rakyat Malaysia ialah RM7,000 sebulan dan Gaji akhir ialah RM10,000 sebulan. Ini sudah tentu akan meningkatkan lagi Produktiviti dan Daya Kreativiti pekerja untuk menambahkan pengeluaran dan kualiti barangan.
  6. Kita sedang melihat bagaimana pihak Swasta yang sudah kaya-raya mencuri dan merompak Bahagian Rakyat melalui Liberalisasi Sektor Awam tapi mereka (pihak swasta) enggan meliberalisasikan sektor mereka kepada kerajaan dan rakyat. 

Satu skim Mekanisma penetapan Gaji Permulaan pada kadar RM7,000 sebulan sebagai ganti kepada Skim BRIM. Yakni, gomen boleh 'Top-Up' sebarang kekurangan pada kadar kemampuan pihak swasta membayar Gaji Permulaan RM7,000.00. Gomen tak rugi sebab gomen ada Rekod lebih tersusun dan terperinci dan boleh kutip semula melalui GST dan Cukai Pendapatan, Cukai Taksiran, Cukai Pintu, Cukai Tanah dan bermacam-macam cukai lagi. 

Bagaimana kaedah dan mekanismanya, kan Idris Jala dan Omar Ong-kos Orang Bijak lulusan Oxford dan Cambridge, takkan pala hotak diaorg takleh pikir camna kan. kalau takleh pikir elok LETAK JAWATAN dan BERAMBUS je lar dari PEMANDU. Takpun tanya Menteri CGPA dan Menteri yang Ikat Perot. Depa mungkin tahu bagaimana. 



Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...