Semalam, Azmin Ali yang dicalonkan oleh PAS akhirnya menerima Perkenan Sultan Selangor untuk menggantikan TSKI selaku Menteri Besar baru Selangor. DAP-PKR yang pada awalnya 'berdrama' berkeras mahukan Wan Azizah akhirnya terpaksa akur jua. Itupun setelah, rakyat dan pengundi Selangor baru sedar dari lena mereka yang panjang, menentang kehendak politikal Anwar Ibrahim dan DAP yang mahukan Wan Azizah menjadi MB Selangor.
Setelah sembilan bulan berlalu sejak Langkah Kajang, dan pertikaian di antara DAP-PKR dengan PAS mengenai pemecatan TSKI selaku MB Selangor dan penggantinya berlaangsung; barulah ianya 'nampak selesai'. Azmin Ali diperkenankan oleh Sultan Selangor dan nama Azmin Ali dicalonkan oleh PAS buakn PKR. Ehem, nampak tak 'Game Anwar Ibrahim?'
Seandainya, nama Azmin Ali dicalonkan terus daripada PKR, sudah tentu Azmin Ali mendapat nasib yang sama dengan pencalonan Wan Azizah. Yakni, tidak semua 13 ADUN PKR bersetuju dengan encik Azmin Ali kita tu. Oleh itu, Anwar Ibrahim senyap-senyap berjumpa dengan Hj Hadi dan kowtim di Terengganu.
Manuver ini tidak diketahui oleh Mat Syabu, Husam Musa dan genk-genk lain dalam PAS. Secara tak langsung, dalam Muktamar PAS di Johor baru-baru ini, Presiden PAS mula kelihatan sebagai 'Budak Jahat'. Dikalangan ADUN DAP pun tidak suka kan Azmin Ali kerana Azmin Ali pernah mengkritik dan persoalkan tingkah laku DAP Selangor menjadikan SUK sebagai 'Sarang Gengsta Kongsi Gelap'.
Kepada Anwar IBrahim, beliau mengujudkan kondisi 'perpecahan maha dahsyat' agar akhirnya semua yang bertelingkah akan kembali merujuk kepada beliau. Dan beliau akan berlakon 'Bapak Yang Baik' kepada semua. Natijahnya, kehendak Anwar Ibrahim akan dituruti oleh semua pihak yang bertelingkah. Begitulah cara amalan Anwar Ibrahim mendapat sokongan dan kepercayaan sejak dulu lagi.
Barisan EXCO Baru dibawah Azmin Ali nanti tidak akan memasukkan ramai ADUN DAP dan meminggirkan terus ADUN PAS yang anti Langkah Kajang. Malah Azmin Ali akan menyusun EXCO nya dan memilih seramai mana keroni dan nepostis nya.
Azmin Ali akan menjadi seperti Anwar Ibrahim yang berkompolot untuk menjatuhkan Tun Mahathir suatu masa dulu. Maknanya, Azmin Ali akan berkomplot untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim secara halus dan semua pro Anwar akan mengalami kemerosotan kepercayaan dan kewibawaan.
Bakal berlaku lebih banyak pendedahan penyelewengan dan kes-kes rasuah yang dilaporkan. TSKI pula sudah tentu tidak akan berdiam diri kerana beliau masih seorang ADUN dan Ahli Parlimen. Kemungkinan besar TSKI akan dilantik oleh Azmin Ali sebagai Penasihat Ekonomi Selangor yang baru menggantikan Anwar Ibrahim.
Tindakan itu akan memperlihatkan kononnya besor lah jiwa Azmin Ali selaku seorang pemimpin. Selepas ini ramailah yang berjawatan di dalam GLC bakal dipecat untuk digantikan dengan muka-muka Azmin Ali. Ini sudah menjadi suatu amalan kebiasaan di dalam PKR.
Azmin Ali pun sejak dulu bukanlah seorang favorit di dalam PKR. Ramai ahli PKR meluat dan menyampah dengan Azmin Ali. Akar umbi dan jentera kuat PKR dan PAS Selangor sebenarnya masih setia dan menyokong TSKI selaku MB Selangor.
Paling klasikal nya situasi ini ialah, adakah Azmin Ali mampu menguasai dan memperolehi majoriti kepercayaan ADUN-ADUN dalam DUN Selangor? Dan sejauhmana pula kesetiaan ADUN Morib dan ADUN Hulu Langat kepada kem Azmin Ali seandainya kedua ADUN itu diberikan jawatan EXCO dan/atau jawatan lumayan dalam mana-mana GLC? Sudah tentulah, itu akan mempertajamkan lagi konflik dalaman PAS dan konflik antara PAS dengan DAP-PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan