Pada awalnya, ianya dikeluarkan dari blog Outsyed The box. Tapi ianya diceritakan sepintas lalu sahaja. Dan situasi Detroit dari sumber youtube diambil sebagai rujukan 'Potfolio Keadaan Kritikal Ekonomi Detroit'" (Huh ?????) Aiseh mang.
Tidak banyak informasi yang diberikan oleh blog Outsyed the box melainkan "suatu andaian Najib terbang ke USA untuk Sain...????" Huuuh ????? Bior betol ..... Ambe tak fikir ianya suatu cerita betul tapi ambe yakin dan percaya ianya suatu gosip liar yang disebarkan bagi tujuan dan agenda tertentu.Anihnya, ramai pulop Gred A sibertropa BN boleh menerima berita berkenaan tanpa soal jawab yang panjang.
Ada kemungkinan ceritanya tak sebegitu. Tapi sejak akhir-akhir ini, terdapat perkabaran yang seperti memberi tekanan kepada Najib.
Kemungkinan LTH ada merisik kabar untuk meminang pelaburan hartanah di Detroit memandangkan reganya sedang menurun. Tapi untuk LTH terus sain sebarang komitmen bertulis dan ditandatangani oleh Najib... tu macam cerita dongeng 1001 malam lar.
Keadaan di Detroit pun kita tidak ketahui dengan sebenarnya. Jika hanya bergantung kepada sumber-sumber YOUTUBE sebagai otoriti muktamad, ambe fikir ianya bukanlah suatu amalan analisa terbaik.
Seharusnya, jangan menimbulkan panik dikalangan rakyat terutama apabila musim haji sudah dekat. Ianya akan menjejaskan kredibiliti dan imej baik LTH selama ini.
Janganlah hanya semata tidak suka dengan beberapa polisi Najib dalam beberapa isu penting di dalam negara; maka dengan sewenangnya tanpa mempedulikan kesan jangkapanjang terhadap LTH disebarkan berita-berita yang memungkinkan rasa panik di kalangan pendeposit LTH.
Ambe tak mempercayai langsung perkabaran berkenaan mengenai Potfolio Pelaburan RM650 juta LTH dalam industri hartanah di Detroit. Adalah amat mustahil LTH tidak amanah dan tidak menjaga amanah mereka kepada pendeposit mereka.
Amalan LTH selama ini dalam bidang pelaburan ialah untuk menambah nilai kepada deposit-deposit para pendeposit. Simpanan pokok para pendeposit dipelihara dan dilindungi oleh LTH. Sudah tentulah LTH mempunyai standar dan amalan pelaburan yang amat ketat agar kepentingan pendeposit tidak terjejas langsung.
Tetapi amalan menembak dari jauh agar peluru melantun kepada sasaran utama, itu amalan yang sudah lama diketahui diamalkan dikalangan penulis-penulis blog yang ada kureng sikit tanggungjawab dan amanah di atas penulisan mereka.
Semoleknya, kita abaikan saja gosip-gosip sedemikian memandangkan tiada asas dan fakta yang kukuh mengatakan ianya benar-benar berlaku dan terjadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan