Selasa, 22 April 2014

#GERAM Nerdy Surendran Naib Presiden PKR , Tukang Karut Yang Terbaik.





18hb April 2014, Nerdy Surendran keluarkan 'Press Release' mengutok dan mencerca alasan penghakiman panel hakim Mahkamah Rayuan dalam kes rayuan terhadap Ketua Malaon Besar PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim. Seperti yang diketahui umum, Nerdy Surendran, seorang anggota Dewan Rakyat merangkap Naib Presiden serta seorang pengamal undang-undang yang masih aktif. Bila Nerdy Surendran berkata-kata , maka beliau kata-kata beliau dibuat diatas kapasiti Naib Presiden, Ahli Parlimen dan seorang pengamal undang-undang. Sudah tentulah dengan kapasiti berkenaan, kata-kata beliau dianggap ada kredibiliti. Ambe yakin dan percaya Nerdy Surendran penuh sedar dan tahu kesan dan impak Press Release nya bertarikh pada 18hb April 2014.

Tiada alasan bagi beliau mengatakan beliau mengatakan itu hanya diatas kapasiti seorang Naib Presiden PKR. Ramai lagi Naib Presiden PKR yang lain. Kenapa mereka tidak mengeluarkan kenyataan yang sama? Nerdy Surendran sepatutnya lebih bertanggungjawab keatas semua dan setiap patah perkataan yang dituturkan olehnya. Samada secara lisan maupun secara bertulis dimana-mana jua. Beliau sewajarnya menunjukkan sikap tidak bias, tidak prejudis dan tidak berprasangka buruk keatas Badan Kehakiman negara, para hakim dan kedaulatan undang-undang.

Ini tidak, beliau sesuka hati mengecam dan memburukkan imej panel Hakim Mahkamah Rayuan sekaligus menunjukkan sikap biadap tidak menghormati kedaulatan undang-undang negara. Perbuatan beliau memang wajar dikecam oleh semua rakyat marhaen. Disisi undang-undang, layanan adil saksama diberikan kepada rakyat marhaen dan pemimpin tak kira dari parti politik mana pun. Tiada siapa pun berada diatas kedaulatan undang-undang. Tiada keistimewaan kepada mana-mana pihak pun.

Sikap Nerdy Surendran yang biadap melampau mengecam dan memburukan Badan Kehakiman kerana tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah rayuan, tidak mencerminkan beliau seorang yang layak dan matang sebagai Naib Presiden PKR, anggota Dewan Rakyat dan seorang peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Kenyataan beliau amat memalukan dan mengaibkan seluruh profesion guaman dan semua anggota Dewan Rakyat.

Mujurlah ada sekumpulan anak muda, yang bergerak dibawah nama GERAKAN RAKYAT MARHEAN (GERAM) menyedari pentingnya kelakuan dan kebiadapan seperti Nerdy Surendran perlu diambil tindakan. GERAM telah mengerakkan anak muda GERAM diseluruh negara membuat laporan Polis serentak terhadap Nerdy Surendran. Tindakan GERAM amatlah dialu-alukan bagi mengajar individu dan perkumpulan yang sengaja mencabar kewibawaan dan intergriti organ-organ kerajaan. Depa ada buat grup difesbuk. Jika nada ingin menyertai mereka memperjuangkan hak-hak Rakyat Marhaen dan geram terhadap perlakuan-perlakuan negatif mana-mana individu politikus, sila lah klik gambar dibawah ini dan JOIN! ANDA MAMPU MEMBAWA PERUBAHAN !


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...