Ahad, 29 September 2013

SPAD: Persidangan Antarabangsa Ke 3 Sistem Rel Asia @SPADChannel.

Pada 1hb-3hb Ogos ini telah berlangsung Persidangan Antarabangsa Rel Asia ke 3 di Kuala-Lumpur. Kita berpeluang mendengar dan meneliti kertas-kertas kerja yang dibentangkan nanti. Satu peluang yang amat bak buat mana-mana rakyat yang ingin tahu mengenai perkhidmatan rel. Pakar dan pegawai-pegawai tinggi dari luar negara seperti, Jepun, USA, Sri Lanka, Thailand, Korea dan Filipina akan membentangkan pelbagai aspek mengenai perkhidmatan rel. 

DiMalaysia, dibawah bidangkuasa SPAD, perkhidmatan rel seperti LRT, Monorel dan Komuter memang mendapat sambutan daripada rakyat. Manakala projek MRT dan keretapi laju ke Singapura pula sedang dilaksanakan. Waima kedua projek tersebut mendapat kritikan dari dalam dan luar, tapi respons daripada rakyat kebanyakan adalah positif. Majoriti berpendapat kedua projek tersebut mampu membawa manafaat besar kepada rakyat dimasakini dan dimasadepan dan mampu mengatasi masalah kesesakan lalulintas diwaktu puncak. 

Sebelum ini, pada 10hb September 2013, Pengerusi SPAD merasmikan Bisnes Rel Asia 2013, di Kuala Lumpur. Antara tetamu kehormat ialah Y.A.B Perdana Menteri. Ianya satu 'strategic event' bagi menyampaikan maklumat mengenai 'marketing insights', pembangunan projek dan inovasi di antara pihak swasta dengan agensi kerajaan dalam perkhidmatan dan bisnes rel. 

Pada kali ini pula, persidangan mengenai semua aspek perkhidmatan dan bisnes rel di Asia. Nampaknya, kerajaan dan SPAD amat serius dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan bisnes rel sebagai pengangkutan awam yang efektif dan cekap serta mudah diakses oleh rakyat. Malah, sebelum ini, SPAD juga menyokong dan membantu Sistem e-Tiket yang dilaksanakan oleh perkhidmatan bas KLIA. 

Segala usaha-usaha untuk mencelikkan rakyat dan pihak swasta mengenai kepentingan dan potensi besar perkhidmatan rel membuktikan kerajaan cakap serupa bikin. Satu janji ditepati. Program mempertingkatkan perkhidmatan rel bukan satu janji kosong. Ianya benar-benar dilaksanakan melalui SPAD. Memanglah setiap usaha itu kita kena bersabar untuk melihat hasilnya. Namun, hasilnya boleh dijangka melalui komitmen bersungguh-sungguh melalui usaha-usaha yang dibuat. SPAD bukanlah satu badan yang ditubuhkan untuk bersandiwara. Ianya ditubuhkan untuk buat kerja dan itulah SPAD lakukan, yakni Buat Kerja bersungguh-sungguh.

Tunggulah artikel-artikel mengenai perkembangan persidangan itu nanti. Macam-macam ada bagi menambah pengetahuan untuk mencelikkan kita mengenai peri pentingnya perkhidmatan rel dimasadepan. Kerana penggunaan tanah pun semakin terhad untuk membina lebuhraya-lebuhraya dan jalan-jalan baru. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...