Selasa, 2 Julai 2013

Penipuan Polisi Ekonomi Menjadi Pintu Masuk Ideologi Sosialis Merosakkan UMNO.

Bapa Penipuan Polis Ekonomi Yang Sebenarnya Adalah Politik Credo Sosialis 

Polisi 'Liberalisasi Ekonomi' bukanlah membantu pasaran terbuka, tetapi membantu mempercepatkan proses matinya amalan demokrasi. Dan digantikan dengan regim sosialis bercorak kuasa mutlak berbentuk  tirani. Gerakan ini dipelopor oleh grup elit Sosialis Fabian sejak dulu lagi. John Maynard Keynes adalah Bapa Gerakan Penipuan Polisi Ekonomi. Beliau adalah seorang anggota Sosialis Fabian. 

Gerakan Sosialis Fabian adalah gerakan tersembunyi dan berselindung di sebalik nama keintelektualan dan melakukan infiltrasi dogma sosialis di atas nama intelektualisma. Mereka adalah kumpulan elit dalam penyebaran sosialisma. Gerakan ini bermula pada 1887 oleh sekumpulan kumpulan bangsawan dan intelektual di Britain. 

Gerakan ini jugalah yang memusnahkan Parti Liberal Britain yang dahulunya kuat dan mantap macam Barisan Nasional. Merekalah yang menubuhkan Parti Buruh Britain. Pemikiran Gene Sharp adaalh di bentuk oleh Sosialis Fabian yang menghasilkan karya, 'Dari Diktaktor ke Demokrasi'. Puak Sosialis DAP PKR menggunakan kaedah Gene Sharp untuk menumbangkan BN dan UMNO dari luar. Manakala, gerakan elit pakar, pengurus dan pentadbir (Con-Sultan-T) polisi ekonomi sosialis Fabian, bergerak menghancurkan BN dan UMNO dari dalam dengan penipuan polisi ekonomi. 

Gerakan-gerakan merosakkan ini adalah fitnah-fitnah yang perlu diperangi habis-habisan. 



Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.
(Al-Baqarah 2:193)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...