Selasa, 2 Julai 2013

Gabungan NGO Islam-Melayu Desak RCI ke atas RBA.

Gabungan NGO Islam Melayu hari ini mendesak agar sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat dan mengekang kegiatan propaganda RBA. Gabungan tersebut turut menggesa kerajaan untuk melakukan tindakan pencegahan bertujuan melindungi kestabilan politik negara. Gabungan memandang serius kegiatan RBA yang menghasut rakyat melaluu media sosial. Kesannya , perpaduan kaum dan keharmonian antara agama terancam. Sudah berlaku jiran tak bertegur sapa. Kegiatan RBA sudah banyak menjejaskan hubungan baik antara kaum yang selama ini di pupuk baik sejak 1969. 

Tujuan gesaan Gabungan sebagai menyatakan bantahan serta mendesak kerajaan menyiasat secara mendalam dan terperinci mengenai kewujudan RBA. Peranan yang dimainkan oleh kumpulan tersebut untuk menyerang institusi-institusi kerajaan dengan tujuan melemahkannya melalui media sosial. Tuntutan berdasarkan kepada pertimbangan , pertama, melindungi perpaduan kaum dan mengelak perpecahan kaum yang serius. Kedua, pencegahan berlaku ketidakstabilan politik akibat perpecahan kaum.

Rasionalisasi yang diberikan oleh Gabungan, meminta ketegasan Kementerian Dalam Negeri mengekalkan ketenteraman dan keharmonian kaum tidak tergugat. Seterusnya, mengenalpasti dan mendedahkan dalang sebenarnya di sebalik operasi dan pembiayaan kumpulan RBA.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...