Isnin, 28 Oktober 2013

PRK SG LIMAU N.20 #HARI KE 4, MAT SABU MULA MENGGANAS

Masuk hari ke 4 Ahad, Mat Sabu mula mengganas setelah mendapat tahu 'mood' pengundi lebih berpihak kepada calun BN. Ceramah-ceramah 'panas' mula kedengaran bermula hari ini. Dimulai dengan Mat Sabu yang hangat berhikayat dongeng mengenai GST, isu-isu bajet 2014 dan kisah-kisah 'tak masuk' akalnya. Malam tadi, Cikgu Non turut berceramah atas tajuk ' Khianatkah Aku'. Ceramah pertama, Mat Sabu pulun di Yan Kechil dan selepas itu di Simpang Tiga, Sg Limau disebuah kedi kopi milik penyokong PAS. Calun BN, Dr Ahmad Sohaimi sentiasa menemui pengundi dan membawa mesej mudah, "Berani Hijrah". Agak malang bagi Mat Sabu dan kono-konconya, kerana suasana 'panas' ceramahnya disejukkan dengan kedatangan hujan lebat diseluruh kawasan DUN N.20. Sg Limau. Sesuatu yang tidak dijangkakan. 

Pertama kali melihat, Mat Sabu kesejukan didalam kelebatan hujan yang turun. Dan pentas ceramahnya tiba-tiba 'black-out' kerana terpaksa dipadamkan oleh petugas gara-gara hujan lebat. Pada pemerhatian, mesej 'panas' yang dibawa oleh Mat Sabu dan konco-konconya ialah Politik Kebencian yang melampau tanpa asas dan fakta terhadap BN. 

Dipihak BN, Mukhriz Mahathir selaku MB Kedah sentiasa mengingatkan jentera BN agar tak layan segala tohmahan dan tuduhan liar yang dilemparkan oleh konco-konco Mat Sabu. Mukhriz  mahu pendekatan kempen berdasarkan kepada Wassatiyah dan kesederhanaan demi menjaga hubungan silaturrahiim sesama Melayu. Beliau menyeru agar pengundi menimbang baik piihan mereka dan memilih calun BN. Beliau berkata,lebih baik memilih calun BN memandangkan calun BN tidak akan keseorangan. Segala masalah rakyat lebih mudah diselesaikan kerana kerajaan Negeri adalah BN, kerajaan Persekutuan adalah BN, Ahli Parlimen adalah dari BN. Jadi, mudah segala urusan tanpa sebarang kerenah birokrasi. 

Beliau mengakui bahawa Dun N.20 memerlukan pembangunan lebih pesat. Anak-anak muda perlukan peluang pekerjaan dan kemudahan bersukan. Ini bukan lagi soal nak marah BN, nak marah Najib nak marah pasal Scorpene, nak marah pasal subsidi petrol turun, nak marah pasal GST tapi ini mengenai kepentingan dan manafaat untuk penduduk di DUN N.20 Sg Limau dan masadepan mereka. Kalau pilihan dibuat berdasarkan kepada kemarahan-kemarahan, maka kemarahan mereka sendiri sahajalah penduduk DUN N.20 Sg Limau yang dapat. Sudah tentulah sukar untuk kerajaan negeri dibawah BN nak melaksanakan sebarang projek pembangunan kerana terpaksa berhadapan dengan kemarahan-kemarahan yang sengaja dibakar oleh konco-konco Mat Sabu. Bila itu berlaku, apa pembangunan yang boleh dibuat? Kerana setiap niat baik kerajaan negeri BN akan dipandang sinis serta dibantah. 

Sedangkan bila kita fikirkan kembali, apalah dosa penduduk Dun Sg Limau N.20 kepada konco-konco Mat Sabu-Mahfuz-Pahrolrazi, sehingga mereka ditipu dan dibohongi oleh konco-konco Mat Sabu-Mahfuz-Pahrolrazi melalui ceramah-ceramah fitnah. Konco-konco Mat Sabu-Mahfuz-Pahrolrazi sanggup menafikan hak penduduk disitu untuk mendapatkan pembangunan dan kesejahteraan hidup. Semasa PAS diberikan kepercayaan untuk mentadbir Kedah, apa kesejahteraan yang dibawa oleh mereka? Arwah Azizan pun mereka lawan habis-habisan. Akhirnya, rakyat Kedah juga menjadi mangsa kerakusan berpolitik mereka.

Sebab itu amat perlu, kita membantu penduduk Dun N 20 Sg Limau dengan cara menangkis serangan fitnah yang merosakkan daripada DAP PKR SYIAH. Baik dialam maya mahupun diluar sana. Ini bukan soal kemarahan, tapi soal kebajikan dan manafaat kepada penduduk Dun N.20 Sg Limau sendiri. Sesekali kita jangan biarkan rakyat dinafikan peluang-peluang pembangunan dan kebajikan oleh fitnah-fitnah jahat puak macai alkhannas yang berhati dengki dan hasad. 



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...