Hari ini Isnin. Bersamaan dengan 15hb Syaaban. Semalam Ahad. Dulu semalam Sabtu. Selama dua hari ambe tak angkat pot apa yang berlaku. Tak ada sebab kenapa ambe perlu ambil pot pun mengenai gerak kerja Political Defiance DAP PKR. 'Political Defiance' ialah terma ciptaan Gene Sharp, merujuk kepada gerak kerja menumbangkan kerajaan dalam rangka Tukar Regim. Dalam gerak kerja 'Political Defiance', sesebuah kerajaan ditumbangkan dengan melemahkan dan memisahkannya dari 6 sumber kuasa politiknya. Gerak kerja itu dilakukan dengan menggunakan 200 kaedah dalam tiga kategori utama, (a) Protes dan desakan, (b) Ketidakerjasama dan (c) Campurtangan. Ada empat mekanisma utama digunakan iaitu konversi, akomodasi, koersi aman dan disintergrasi.
Ada 5 aplikasi Political Defiance;
- Melakukan bantahan selektif;
- Cabaran simbolik;
- Mengagihkan tanggungjawab;
- Mensasarkan kepada pusat sumber kuasa BN;
- Perubahan dalam Strategi.
Motif utama dan matlamat Political Defiance ialah memisahkan kerajaan dari sumber kuasa politiknya dan memperkuatkan kuasa politik DAP PKR PAS. Di Malaysia, Political Defiance DAP PKR bukan untuk menubuhkan sebuah kerajaan demokratik tetapi untuk menubuhkan sebuah Rejim anarki dan oligarki DAP PKR, berasaskan kepada polarisasi kaum dan dominasi satu kaum.
BN bukanlah sebuah regim yang zalim dan menindas rakyat. BN bukan sebuah kerajaan yang penuh korupsi dan bukan sebuah kerajaan yang menipu rakyat. Selama 56 tahun, BN mengamalkan konsep Kongsi Kuasa. Menetapkan hak rakyat pada tempat yang sesuai. Menjamin dan melindungi hak-hak istimewa Melayu dan Anak Negeri Sabah dan Sarawak. Pada masa yang sama tidak memprejudiskan hak-hak kaum lain. Malah, mana-mana kaum boleh masuk dalam kategori Melayu dengan mudah sekali, Tiada sekatan dan eksklusiviti dalam menjadi Melayu pun. Ianya terbuka kepada semua.
Sabtu lepas, DAP PKR melakukan Political Defiance untuk memisahkan SPR dari kerajaan BN. Melemahkan kuasa SPR untuk memperkuatkan kuasa politik DAP PKR. Selagi SPR adalah bebas dan profesional, selagi itulah kuasa politik DAP PKR tak akan kuat. Bagi menubuhkan sebuah Regim anarkis dan oligarki, DAP PKR mesti memastikan semua agensi, ngo, birokrat, tentera, Polis, SPRM, kehakiman dan SPR tunduk patuh kepada kehendak politik DAP PKR.
DAP telah pun mencengkam 30 peratus pengundi Cinabeng agar tunduk patuh kepada semua kehendaknya. Manakala, PKR dan PAS telah memecahbelahkan undi Melayu dan anak negeri Sabah & Sarawak. PSM pula memecahkan undi kaum India. Kesemua ini berlaku kerana DAP PKR melancarkan Political Defiance yang mengagravasikan semua kelemahan-kelemahan sumber kuasa politik BN. Ada empat kelemahan-kelemahan yang ada pada semua kerajaan; iaitu:-
- ketidakcekapan dalaman;
- Persaingan peribadi;
- Ketidakcekapan institusi; dan
- Konflik di antara organisasi dengan jabatan-jabatan.
Political Defiance DAP PKR , menggunakan kekuatan platfom rakyat dan institusi rakyat (Ngo, persatuan masyarakat, persatuan seni dan persatuan-persatuan lain) , ringkasnya pemimpin DAP PKR perlembukan rakyat untuk kepentingan politik mereka, untuk melancarkan Perang:-
- Saikologikal;
- Sosial;
- Ekonomi;
- Senjata Politikal.
Dalam mencapai matlamat Political Defiance, DAP PKR memaksa BN tunduk patuh kepada semua tuntutan, desakan dan protes yang dilancarkan oleh mereka. Apabila BN tunduk patuh kepada kehendak DAP PKR, itu memberikan kesan saikologi membuktikan DAP PKR lebih kuat dan berkuasa daripada BN. Impaknya ialah, kuasa politik BN dilemahkan dan dipisahkan daripada sumber kuasa politik BN. Inilah yang berlaku sepanjang tempoh dari 2004 sehingga 2013.
Rakyat hidup-hidup di tipu oleh gerak kerja Political Defiance DAP PKR, manakala BN tertipu dengan pelbagai tuntutan, desakan dan protes yang dilancarkan melalui platfom ngo pro DAP PKR. Sejak awal, perlawanan kuasa politik di antara DAP PKR PAS dengan BN bukan berkisar kepada Good Governance atau reformasi atau sistem urustadbir terbaik kepada rakyat, tetapi berkisar kepada SIAPA KUAT DIA DAPAT.
Rakyat perlu disedarkan mengenai motif utama political defiance DAP PKR. Kerana, jika rakyat alpa dan mudah terpengaruh, akibatnya, rakyat akan di tadbir oleh tiga sistem pemerintahan yang berbeza dan rakyat akan dipisahkan mengikut kaum dan agama oleh regim anarki dan oligarki DAP PKR. Anda mahu begitu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan