Artikel ini ditujukan khas kepada segelintir bloga yang rasa mereka hebat sangat dan pandai sangat daripada PM; DS Najib. Mereka yang ambe maksudkan ialah mereka yang sedang berkempen pemecatan penasihat-penasihat kepada PM DS Najib. Peel haramjadah dan kepala besar mereka ini, diterajui oleh seseorang yang jika diberikan amanah, maka beliau akan menjahanamkan amanah itu. Apa kelebihan dan keistimewaan mereka pun berbanding penasihat-penasihat PM? Mereka tersebut, jika di kritik dan di cuit sikit pun, mereka akan mencantas dan buang pautan blog anda. Kemudian mereka akan menjaja segala fitnah-fitnah ke atas anda di seluruh pelusuk negera. Itulah sikap dan peel haramjadah puak berkenaan. Sikap dan ego mereka sudah melampaui batasan.
Pada hemat ambe, jika mereka yang berkenaan di buang negara pun tidak akan memudaratkan kepada BN. Apa pengaruh yang mereka ada pun kepada rakyat? Cakap besar, berlagak macam Malaysia ini mereka punya. Kehendak mereka melebihi dari apa yang mereka mampu lakukan. Apa pun jasa mereka? Bukan mereka sahaja yang siang malam menulis blog di Malaysia ini. Sebab itu, anda tengok, mereka menyalak macam anjing tapi tidak dipedulikan. Memang patut tak dipedulikan pun, mereka bukan buat kerja. Mereka lebih banyak beri kelebihan kepada puak DAP dan PKR. Orang Melayu pun tak perlukan mereka. Sebaliknya, mereka perlukan orang Melayu untuk mengunjungi blog mereka.
Mereka tak sedar yang apa mereka dapat pada hari ini kerana sikap keterbukaan PM DS Najib. Malah, selama ini, pemimpin UMNO yang bersikap dingin kepada bloger dan fesbuker, kerana peel haramjadah puak-puak berkenaan. Kerja tak seberapa; tapi permintaan mereka bukan-bukan. Segala gunung dan bukit emas mereka nak. Tetapi setiap penulisan mereka, membawa pengundi lari lebih jauh dari BN dan UMNO. Puak-puak haramjadah berkenaan jugalah yang banyak melakukan kesilapan dalam strategi di alam maya. Gara-gara mereka, BN tewas teruk dalam Perang Persepsi. Kerana mereka puak yang tak berdisplin dan keras kepala tak tentu hala.
Bosan sungguh dengan peel mereka tersebut. Mereka bukanlah golongan cerdik pandai pun. Atau sarjana dalam bidang keilmuan yang mampu menghasilkan teknologi canggih. Atau mereka dari golongan usahawan yang mampu memberikan peluang pekerjaan kepada ramai orang. Atau mereka adalah saintis; yang mampu melonjakkan kemajuan sains; yang mampu dimanafaatkan oleh ramai orang. Mereka sekadar penulis. Itupun mereka mampu menulis siangmalam, kerana .......($$$$$$$) ???
Tapi belum tentu lagi jika mereka diberikan amanah dan tanggungjawab mentadbir dan memerintah negara, mereka mampu mengendalikan negara ini seperti DS Najib dan para penasihatnya. Ramai mereka hanya bersangka buruk tanpa berfakta. Pada hemat ambe, mereka sebenarnya mahu menutup kelemahan ketara mereka sendiri. Mereka telah gagal 100 peratus dalam Perang Persepsi. Tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka, dalam medan perang alam maya, begitu mengecewakan PM Najib, UMNO, Barisan Nasional dan penyokong tegar BN.
Kesimpulannya, mereka sepatutnya memperbanyakkan penulisan yang mengandungi nilai-nilai positif, prinsip-prinsip positif yang bersifat intelektual. Mereka seharusnya menulis dalam gaya dan nada yang seiring dengan polisi-polisi Barisan Nasional. Sekiranya, perlu mengkritik, ianya perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati. Penuh berilmiah dan berprinsip. Dilakukan dengan mencerminkan nilai-nilai budaya Melayu yang penuh adab sopan-santun serta bertatasusila. Bak kata pepatah , " Kalau Tak Boleh Menjadi Garam, Jangan Jadi Langau".
TAK MELAYU HILANG DI DUNIA.
TAK MELAYU HILANG DI DUNIA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan