Jumaat, 14 Jun 2013

89 Ahli Parlimen DAP-PKR-PAS Habiskan Peruntukan RM160,200,000 Selama 60 Bulan Untuk Berdemo Di Jalanan.

Menurut propaganda DAP PKR PAS, dengan hanya membayar RM0.45 sen sebulan selama 60 bulan, rakyat Malaysia melayakkan diri menjadi BOS kepada kerajaan. Menurut propaganda DAP PKR PAS lagi, wajib dikuatkuasakan gaji minimum RM1,500 sebulan ke atas majikan. Bermakna, menurut propaganda DAP PKR PAS, setiap rakyat Malaysia yang menjadi BOS dengan hanya membayar RM0.45 sebulan sewajibnya membayar gaji minimum RM1,500 (baki sebanyak RM1,499.55) setiap bulan kepada kerajaan selaku PEKERJA kepada RAKYAT. Barangsiapa yang membantah logika DAP PKR PAS ini, maka seharusnya mendesak DAP PKR PAS menarik balik propaganda mereka. 

Selain itu, seramai 89 ahli Parlimen DAP-PKR-PAS, di bayar elaun oleh pembayar cukai, sebanyak RM160,200,000.00 selama 60 bulan. Sepatutnya, selaku pekerja kepada 5.6 juta pengundi mereka, 89 ahli Parlimen DAP-PKR-PAS wajib mematuhi kehendak 5.6 juta pengundi mereka. Namun, kita lihat bagaimana 5.6 juta pengundi DAP-PKR-PAS; terpaksa menurut arahan 89 orang ahli Parlimen DAP-PKR-PAS; turun berhimpun beramai-ramai dengan kos mereka sendiri. Ni kira, dua kali lah 5.6 juta pengundi DAP-PKR-PAS; di tipu hidup-hidup oleh 89 orang ahli Parlimen DAP-PKR-PAS.

Fikirkan, dengan undi seramai 5.6 juta tersebut, 89 orang ahli Parlimen berjaya memeras wang pembayar cukai sebanyak RM160,200,000.00 tanpa perlu bekerja dan berkhidmat kepada rakyat. Makan tanggung, berak cangkung. Semuanya ditanggung beres oleh pembayar cukai. Apakah pulangan kepada 5.6 juta pengundi tersebut, yang diberikan kembali oleh 89 ahli Parlimen DAP-PKR-PAS? 5.6 juta pengundi , telah memberikan jawatan dan pangkat, kepada 89 orang ahli Parlimen DAP-PKR-PAS dan gaji sebanyak RM160,200,000.00. Termasuklah percutian di tanggung sepenuhnya, sebanyak 890 kali ke luar negara. 

Begitulah hebatnya penipuan 89 orang ahli Parlimen DAP-PKR-PAS kepada 56 juta pengundi mereka. Cuba kita bertanya kepada 5.6 juta pengundi tersebut, adakah kebajikan mereka selama 60 bulan beserta percutian turut ditanggung sepenuhnya oleh 89 orang ahli Parlimen DAP-PKR-PAS? Apa yang kita dapat saksikan, ialah 5.6 juta pengundi tersebut terpaksa keluarkan lagi wang semata-mata untuk mendengar ceramah-ceramah fitnah 89 ahli Parlimen berkenaan. Sepatutnya, 89 orang ahli Parlimen DAP-PKR-PAS, memulangkan dan memberikan kembali dua kali ganda apa yang mereka terima daripada 5.6 juta ornag pengundi mereka. Tetapi itu sekali-kali tidak akan berlaku untuk tempoh 60 bulan mendatang. Buktinya, lihat sahajalah apa yang telah berlaku selama tempoh lima tahun lepas. 

5.6 juta orang pengundi membayar RM160,200,000.00 berserta 180 percutian percuma kepada 89 orang ahli Parlimen DAP-PKR-PAS, semata-mata untuk turun berdemo di jalanraya. Mahal kan harga yahg terpaksa mereka tanggung untuk mendapatkan perkhidmatan demo jalanan daripada 89 orang ahli Parlimen DAP-PKR-PAS.

TAK MELAYU HILANG DI DUNIA.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...