Berapa ramai yang benar-benar faham dengan makna ELITIS?
Elitis bukan Bangsawan. Elitis adalah berasal dari perkatan Elite. Perkatan ini di ambil dari bahasa Perancis, bermakna secara harfiah, ELECT, Terpilih. Ringkasnya, Elitis ialah merujuk kepada kumpulan orang Terpilih kerana kemahiran tinggi, status sosial, status ekonomi dan intelek superior.
Konotasi ELITIS, bila digunakan oleh puak-puak yang selalu menjahanamkan nahu bahasa, akan menjadi pelik dan anih. Kenyataan Tun Daim, pada hemat ambe sudah dijadikan satu 'spin'. Bila kita kaji balik kenyataan Tun Daim, tidak di sebut pun mengenai ELITIS. Beliau hanya menyebut mengenai penasihat yang beri salah strategi. Hanya satu nama saja yang Tun Daim terang-terang sebut; iaitu ZIN BADAK. Tun Daim begitu bersungguh-sungguh menyebut nama ZIN BADAK sahaja.
Konotasi ELITIS, bila digunakan oleh puak-puak yang selalu menjahanamkan nahu bahasa, akan menjadi pelik dan anih. Kenyataan Tun Daim, pada hemat ambe sudah dijadikan satu 'spin'. Bila kita kaji balik kenyataan Tun Daim, tidak di sebut pun mengenai ELITIS. Beliau hanya menyebut mengenai penasihat yang beri salah strategi. Hanya satu nama saja yang Tun Daim terang-terang sebut; iaitu ZIN BADAK. Tun Daim begitu bersungguh-sungguh menyebut nama ZIN BADAK sahaja.
Apa yang ambe musykilkan, ialah mengenai sikap bloger dalam kategori bloger Elitis ne. Beriya benarlah mereka mendesak PM memecat penasihat PM yang mereka label sebagai Elitis. Tang mana penasihat tu menjadi elitis pun ambe tak tahu lah. Betul, Tun Daim ada sebut bahawa penasihat PM sudah salah strategi. Namun, menyerang mereka atau memecat mereka , belum tentu lagi memberikan kemenangan besar kepada BN pada PRU14. Silap haribulan, BN kalah kerana pemecatan mereka.
Selepas PRU13, ambe lihat, banyak pendekatan salah sudah di ambil oleh pihak-pihak tertentu. Pendekatan-pendekatan itu di ambil oleh sesetengah bloger ELITIS. Bloger yang sama juga yang diberikan AMANAH DAN KEPERCAYAAN oleh PENASIHAT ELITIS PM, untuk MENANG DI MEDAN ALAM MAYA PADA PRU13 lalu. Ternyata, PERANG PERSEPSI sudah kalah teruk. Salah siapa? Kenapa PERANG PERSEPSI di alam maya boleh KALAH TERUK? Sedangkan , yang menjadi Panglima Perang nya, amboi, bloger-bloger yang ada ranking dan rating tinggi-tinggi (Selangor je dan yang tertentu sahaja). Tapi kenapa masih kalah? Kalau betul mereka bloger hebat, sudah tentu pada hari ini, TIADA HIMPUNAN 505.
Sepatutnya, selepas PRU13, semua muhasabah diri. Bukannya pergi Memburu Ahli Sihir untuk dijadikan Korban di atas altar kemenangan pada PRU14. Ramai yang tersilap tafsir kenyataan Tun Daim. Sebaliknya, kenyataan Tun Daim digunakan sebagai senjata dan peluru menembak pihak sendiri dalam kubu. Apa yang perlu dilakukan oleh semua bloger mesra kerajaan ialah menyebarkan maklumat betul. Di samping, meneruskan kempen menarik hati para pengundi. Bukannya melakukan, tembakan-tembakan rambang dan rawak sesama sendiri.
Kepada para pengkritik bloger Elitis, jika anda menjadi penasihat PM; belum tentu lagi BN mampu meraih kemenangan besar pada PRU 14. Biarlah, mereka yang diberikan kepercayaan oleh PM, melakukan tugas-tugas mereka.Mengenai kemenangan dan pilihan, biarlah rakyat yang membuat pilihan mereka. Mendesak PM memecat penasihat-penasihatnya secara rambang; hanya memburukkan lagi keadaan; dan tidak sesekali memberikan kemenangan kepada BN pada PRU 14 nanti. Cukup dan sudah-sudahlah nak menggoncangkan bot sendiri.
TAK MELAYU HILANG DI DUNIA.
TAK MELAYU HILANG DI DUNIA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan