Khamis, 6 Jun 2013

AMBE TABIK SPRING KEPADA PDRM.

Yang bermasalah dengan PDRM ini hanyalah penjenayah, perompak, peliwat, pengganas, pencuri, penyamun, penjahat, pengedar dadah, kongsi gelap, samseng, pesalah trafik, pencopet, pendatang tanpa izin, perusuh dan puak-puak anarkis subversif. Bila anda hormati anggota PDRM, penghormatan anda akan di balas dua kali lipat oleh anggota PDRM. Bila anda tidak melakukan sebarang kesalahan, PDRM bukanlah musuh anda. 


Berapa ramai anggota Polis terbunuh semasa menjalankan tugas mereka? Ada tak mana-mana puak anarkis PKR dan rasis DAP nak bela? Yang sentiasa menghambat Polis ialah mereka yang sentiasa melanggar undang-undang. Tugas menjaga keselamatan awam bukanlah tugasan yang mudah. Sentiasa mendedahkan diri kepada ancaman. 

Polis adalah manusia juga. Punyai perasaan belas kasihan dan perikemanusiaan. Bayangkanlah, setiap hari pihak polis terpaksa mengawal emosi mereka, melihat penjenayah-penjenayah tegar keluar masuk balai. Kita ini bila tengok anak kita kena jotos sikit pun kita terus mengamuk. Polis berhadapan dengan penjenayah-penjenayah, yang bertindak seolah-oleh undang-undang boleh di pijak-pijak. 

Tindakan menanamkan kebencian dan kesangsian kepada PDRM, adalah tindakan subversif melampau. Mempolitikkan kes-kes kematian dalam tahanan juga, adalah tindakan melampau. Sedangkan yang ter-mati itupun sudah banyak kali me-matikan orang-orang awam yang tak bersalah. Pada ambe, seorang penjenayah mati, lebih baik dari beratus orang lain akan mati, kerana perbuatan jenayah penjenayah tersebut.

Bila Polis terbunuh, keamanan awam tergugat. Tapi bila penjenayah terbunuh, keamanan awam terjamin. Cubalah bertanya kepada keluarga-keluarga mangsa penjenayah tersebut. Tentu mereka menarik nafas lega dengan kematian mana-mana penjenayah. Tetapi kematian mana-mana penjenayah diratapi dengan begitu sedih oleh puak anarkis PKR. Betul lah kata pepatah, 'Hanya Penjenayah Meratapi Kematian Penjenayah', PKR pun sebuah organisasi jenayah politik terancang. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...