Jumaat, 31 Mei 2013

SPAD: DUNIA IKTIRAF KEJAYAAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM DARAT MALAYSIA.

spad-boss



GENEVA, 29 Mei 2013: Kerajaan Malaysia hari ini telah diiktiraf sebagai pengendali perkhidmatan pengangkutan awam yang cemerlang apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) telah di anugerahkan “Asia Pacific Political Commitment Award” oleh Persatuan Pengangkutan Awam Antarabangsa (International Association for Public Transport (UITP)) di Kongres UITP 2013, Geneva.

Anugerah berprestij ini adalah sebagai menghargai kerja keras S.P.A.D. didalam melaksana dan mengendalikan projek pengangkutan awam dan menjadi mercu tanda baru bagi Malaysia di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), seperti MRT, Perkhidmatan bas Go-KL, Pusat Perniagaan ‘KL Central’ (CBD), sistem teksi KLIA 2-Tier, Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) serta Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti (Interim Stage Bus Support Fund (ISBSF)).

Ketua Pegawai Eksekutif S.P.A.D, Encik Mohd Nur Kamal yang menerima anugerah tersebut bagi pihak Malaysia, berkata bahawa anugerah ini adalah pengiktirafan kepada Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak di atas komitmen beliau terhadap pengangkutan awam di Malaysia.

Beliau berkata “Perdana Menteri kita adalah merupakan pendokong kuat dan pembela didalam memajukan sistem pengangkutan awam. Pengiktirafan antarabangsa ini menunjukkan bahawa Malaysia berada di landasan yang betul, sahingga diiktiraf di peringkat antarabangsa”.

Mohd Nur seterusnya berkata “Anugerah ini adalah satu bukti kesungguhan Perdana Menteri untuk menyusun dan menambahbaik sistem pengangkutan awam darat di Malaysia,” “.

Kongres UITP Dunia menghimpunkan mereka yang berkepentingan dan terlibat di dalam pembangunan pengangkutan awam, ia termasuk badan kerajaan, badan kawal selia, perancang, pengusaha, institusi saintifik dan pembekal teknologi. UITP yang beribu pejabat di Brussels dan ianya diadakan setiap dua tahun. UITP yang berperanan sebagai penasihat sistem pengangkutan awam darat global, mempunyai 3,400 ahli daripada 92 negara.

Pada majlis tersebut, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar turut membentangkan kertas kerja dan mengendalikan sesi mengenai cabaran mendapatkan dana untuk membangunkan infrastruktur dan projek membabitkan pengangkutan awam mana kala . Mohd Nor pula mengetuai perbincangan dengan pihak berkuasa pengangkutan awam dari merata dunia, termasuk Eropah, Asia, Afrika, amerika Utara dan Australasia.

Sementara Ketua Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPAD, Dr Prodyut Dutt membentangkan kertas kerja mengenai pencapaian Malaysia dalam industri pengangkutan awam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...