Isnin, 27 Mei 2013

PEMIMPIN DAP & PKR PROMOSI ANARKI DAN NYAH-PERUNDANGAN - TUN DAIM.


"Mereka (Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang) kata mereka patut menjadi pemimpin yang berhak bagi negara ini, tapi mereka melawan undang-undang, lawan polis, dan mereka tidak hormati, dan memperlekehkan setiap institusi kerajaan yang mereka kata mereka patut ketuai. Apa jenis kepimpinan yang mempromosikan anarki dan nyah-perundangan? Apa mesej yang awak berikan dan apa didikan yang awak ajarkan kepada kaum muda dan  para pewaham? Kepimpinan membawa tanggungjawab" Kata Tun Daim dalam interbiu dengan satu media cetak baru-baru ini. 

"Kita, rakyat harus menolak cauvinis dan radikal. Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas terhadap mereka. Rakyat mesti menunjukkan sokongan tindakan terhadap mereka. Negara mesti diutamakan. Apasaja kamu fikir mengenai Melayu, mereka telah menunjukkan mereka menolak pelampau. Mereka tolak Perkasa, Ibrahim Ali dan Zulkifly Nordin." ujarnya lagi.

Mengulas mengenai prestasi BN pada PRU13 lepas, Tun Daim menerangkan punca prestasi BN kerana salah strategi, penasihat-penasihat PM yang kurang peka, pemilihan calun yang salah dan sabotaj di Selangor kerana tidak puashati dengan Zin Badak. Transkrip penuh di sini The Scribe Of A Kadir Jasin 

Tun Daim mengatakan BN sepatutnya memperkukuhkan kedudukan di semua kerusi-kerusi yang menang, tidak membuang masa dan wang di kawasan majoriti Cina yang memang akan kalah, dan berusaha di kawasan kalah tipis. Beliau menekankan peri pentingnya perpaduan di dalam UMNO. Beliau berharap DS Najib dapat memberikan penjelasan terbaik kepada ahli-ahli UMNO. Beliau yakin ahli UMNO akan menerima penjelasan tersebut. 

Berkenan Pelan Rekonsiliasi, Tun Daim berkata, " Saya gembira beliau menawarkan rekonsiliasi. Beliau benar-benar serius. Anda tak buat kenyataan yang anda tak maksudkan. Anda adalah pemimpin. Tapi saya membaca Pakatan telah menolak tawaran beliau, mereka bercakap mengenai perpaduan tapi tak mengamalkannya. Sebaliknya, mereka menawarkan pra-syarat. Adakah mereka ikhlas? Sebagai pemimpin, negara mesti diutamakan dahulu."

Tun Daim menyeru agar BN terus berusaha dan terus berusaha untuk mengubah kembali minda pengundi Cina. Beliau percaya mereka telah diperdayakan dan mempercayai propaganda DAP dan PKR. Beliau yakin pengundi Cina akan kembali semula kepada BN bila isu-isu berkenaan (1) Korupsi, (2) Urustadbir baik (3) sekuriti (4) Pendidikan (5) Inflasi (6) Miskin Bandar (7) Graduan Muda ditangani dengan baik. 

Di akhir interbiu , Tun Daim menjawab soalan berkenaan kekalahan BN di Pulau Pinang, sedangkan sebelum PRU 13, pelbagai jamuan makan malam dan konsert percuma di buat oleh badan kebajikan 1 Malaysia. "Orang-orang ini adalah amatur. Mereka cemerkap. Mereka fikir mereka pandai dan membuang wang merata-rata. Lebih baik beri kepada kebajikan. Kenapa BN benarkan majlis-majlis bodoh seperti ini? Rakyat rasa terhina sebab mereka tahu anda fikir mereka boleh di beli dengan wang, konsert dan jamuan makan malam. Jadi, mereka datang untuk bersantai, makan percuma dan dihiburkan. Ini adalah pilihanraya. Ianya perkara serius. Biarlah Anwar sahaja menjadi penglipurlara."

Diharapkan pandangan Tun Daim diberikan perhatian serius.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...