Sabtu, 11 Mei 2013

PASKA #PRU13 - SELAIN HERO UMNO PERLUKAN WANITA BESI SEPOH UNTUK MENANG PRU 14.

Antara Wanita-wanita taraf BESI SEPOH dalam UMNO.

Sebagai menyahut saranan daripada SUA UMNO agar tidak mempedulikan aksi-aksi kartun badut politik DAP PKR PAS, maka artikel ini berkenaan peranan dan halatuju UMNO untuk rakyat.

Di antara 133 ahli Parlimen Barisan Nasional dari UMNO, ada beberapa orang dari pergerakan Wanita UMNO. Nama-nama mereka bukan asing lagi pada telinga kita seperti Nooraini dan Dato' Seri Azalina Othman Said. Jasa mereka pula sudah diketahui umum. Kekentalan dan ketahanan mereka dalam kerjaya politik bukan rahsia lagi.

Barisan Nasional terutama UMNO amat memerlukan pemimpin yang berjiwa kental, sanggup menempuh pelbagai cabaran dan dugaan, daya tahan yang amat tinggi, kreatif, inovatif dan terbukti di persada politik negara.

UMNO memerlukan pemimpin berbakat dan semulajadi yakni mereka yang ditakdirkan serta dilahirkan menjadi Pemimpin 'Born-Leaders'.

Kita ambil contoh Dato Seri Azalina sendiri. Beliau berkecimpung dalam dunia politik sejak 2000 sehingga kini. Sudah 13 tahun beliau bergelumang dan berjuang. 

Pada peringkat awal beliau menjadi ahli biasa UMNO. Mula menabur bakti  dalam Pusat Bantuan Guaman Biro Tindakan Sivil UMNO (2000-2004). Pada 2001 beliau terpilih untuk menjadi penaja kepada Puteri UMNO dan kemudiannya menjawat jawatan Puteri UMNO. Secara otomatis beliau di lantik menjadi salah seorang dari 6 orang Naib Presiden UMNO.

Beliau pernah menjadi Menteri Belia (2004- Mac 2008) dan Sukan dan Menteri Pelancongan (Mac 2008-2009). Beliau menang tanpa bertanding dua kali di Parlimen Pengerang pada PRU 2004 dan PRU 2008. Dan beliau mampu bertahan dan menang lagi di kerusi yang sama pada PRU 13. Bukan sebarang pemimpin mampu melakukannya. Kalau bukan dilahirkan menjadi pemimpin adalah mustahil untuk bertahan lebih dari sepenggal. 

Pengalaman beliau luas dan beliau pernah di uji dengan ujian getir tapi beliau mampu lulus ujian tersebut dengan cemerlang, Beliau bukan seorang yang mudah melatah kerana latihan dan pengalaman beliau sebagai seorang pengamal undang-undang.

Melihat beliau ambe terkenangkan wajah-wajah pejuang-pejuang wanita terdahulu dalam UMNO. Bahkan begitulah juga pandangan ambe dengan mana-mana pemimpin Wanita dan Puteri UMNO. Mereka adalah penyambung warisan perjuangan yang berterusan. Mereka adalah bukti-bukti hidup kepada seluruh umat Melayu bahawa UMNO memertabatkan Wanita dan memberikan peluang yang sama dengan hero-hero lain dalam UMNO.

Mazlan Alias pun naik gerun dengan beliau begitu juga seluruh kepimpinan DAP PKR PAS dan PSM. Sebab beliau vokal dan berani mempertahankan yang Hak.



Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...