Walaupun diancam dengan ugutan untuk diambil tindakan mahkamah, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim jelas berani dan tetap dengan pendiriannya untuk terus mendedahkan semua rancangan jahat DAP yang didakwanya bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum.
Sebagai seorang yang tinggi dengan jati diri Melayu, beliau tegas mempertahankan tindakannya dengan mengambil pendekatan untuk tidak menjual ‘rohnya’ kepada parti ‘ultra kiasu’ itu. Malah sebagai warganegara yang taat kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, sudah menjadi tugasnya untuk mempertahankan keamanan negara dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Saya akan terus dedahkan kepada umum semua rancangan ‘rahsia’ DAP yang cuba merosakkan negara. Sudah menjadi tugas saya untuk mendedahkan tujuan yang tidak betul, saya tidak takut!” tegasnya yang berani menolak ugutan ‘Singa Bapok’ DAP, Karpal Singh.
Tindakan Abdul Aziz sebelum ini, telah menyebabkan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengugut beliau untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya masih terus mendedahkan rahsia DAP. Namun ugutan Karpal itu nyata tidak menggentarkan Abdul Aziz, sebaliknya beliau bertegas akan terus mendedahkan rahsia-rahsia DAP meskipun diheret ke mahkamah.
Beliau turut berkata Malaysia adalah tanah airnya dan keluarganya telah menetap di negara ini sejak ribuan tahun. Ugutan Karpal baginya adalah sekadar angin yang berlalu, kerana perjuangannya adalah sebagai seorang anak Melayu yang tidak sesekali akan menjualnya demi keamanan negara.
Amaran-amaran DAP itu tegasnya lebih menyemarakkan semangat Melayunya untuk melakukan pendedahan mengenai perancangan DAP menghancurkan Malaysia. Karpal sebelum ini menggesa Abdul Aziz supaya menghentikan pendedahan yang menjadi rahsia dalam parti itu kepada umum.
Menurut Karpal, jika Abdul Aziz benar-benar ‘gentleman’ beliau tidak harus mendedahkan rahsia dalam parti. Pada Mei 2012, Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan jawatannya dalam parti itu kerana membantah penganjuran perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April 2012 kerana khuatir ia boleh bertukar ganas dan bantahan itu kemudian menimbulkan perselisihan faham antara beliau dengan pemimpin DAP.
Pada awal Mei lalu, Tunku Abdul Aziz mendedahkan di sebuah blog bagaimana beliau boleh menyertai DAP dan selepas setahun menjadi ahli beliau mendapati ideologi dan perjuangan parti itu tidak sehaluan dengan pendiriannya.
Tindakan Abdul Aziz nyata memberikan kesan kepada DAP dan mereka khuatir rancangan-rancangan jahat parti cauvinis itu akan terdedah kepada umum sekali gus menyukarkan usaha mereka untuk menguasai Malaysia.
Dengan tindakan yang dibuat Abdul Aziz, ia membuktikan parti itu tidak pernah ikhlas dalam perjuangan mereka kononnya untuk rakyat berbilang kaum, sebaliknya hanya mengambil kesempatan atas kebodohan sesetengah pemimpin Melayu yang menyertai parti tersebut.
Syabas Abdul Aziz! Teruskan perjuangan sebagai anak Melayu demi tanah air tercinta daripada dimusnahkan parti cauvinis penipu dan rasis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan