Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Tunku Abdul Aziz Pernah Melahirkan Rasa Kecewanya dengan Provokasi Melanggar Undang-undang yang digalakkan oleh DAP. |
Tidak banyak berita sensasi lagi panas kerana masing-masing menjaga tatatertib berkempen sejak pembubaran Parlimen pada 3hb April 2013. Pihak PDRM yang memantau perjalanan di media sosial sudah dapat mengesan sebanyak 26 hasutan dan fitnah berkaitan PRU13 - Penolong Urusetia KPN ACP Ramli.
Sekali sekala kedengaran beberapa gosip liar daripada pihak siberok Pakatan (yang tak bertanding) berusaha menegakkan benang basah DAP PRK PAS.
Terkini, 3 orang pemimpin tertingi DAP Johor meletak jawatan sebagai protes ke atas campurtangan Lim Kit Siang anak beranak kuku besi dalam pemilihan calun. Mereka ialah:-
1.) Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Chen Hau,
2.) Timbalannya Norman Fernandez dan
3.) Setiausahanya, Tan Chen Choon.
Disebutkan juga lima orang akan mengikuti jejak langkah mereka bertiga.
Perkara yang sama terjadi pada PKR menyebabkan beberapa Ketua cabang keluar parti di Perak dan di Selangor. Cabang Pulau Carey PKR menyaksikan seramai 150 ahli PKR Indi keluar parti masuk BN. Di Pasir Salak, Perak pula Setiausaha Cabang PKR Pasir Salak yang juga merupakan Pengarah Jentera Pilihanraya PKR Parlimen Pasir Salak Ahmad Taufik Hassan telah keluar parti dan menyertai Umno bagi membantah pemilihan Mustaffa sebagai calon parlimen Pasir Salak oleh Anwar.
Setiuasaha ranting tersebut, Chong Hock Then, 60 ( dikenali sebagai Ah Thiam oleh ahli-ahli PKR Pasir Salak) menyatakan rasa tidak puashati bagi pihak ranting tersebut yang mempunyai keahlian parti seramai lebih 350 orang.
Katanya beliau kecewa Anwar menamakan Mustaffa sebagai calon tanpa terlebih dahulu merujuk kepada kepimpinan cabang PKR Pasir Salak.
Malah di Perlis, PAS dan PKR berkonflik hebat mengenai calun-calun. Gerakan yang diketuai oleh Haron Din mensabotaj pengumuman calun (nama senarai calun di tukar oleh PAS di saat jurucakap PKR mahu buat pengumuman) Dr Juanda yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim menjadi calun PKR begitu kecewa. Haron Din di dorong oleh penolakannya kepada skandal seksual luar tabie' Anwar Ibrahim.
Di Kedah, PAS dan DAP sudah memuncak persengketaan mereka mengenai calun-calun. Perkara seperti ini memang dijangkakan kerana yang bertanding bukan PAKATAN tetapi DAP, PKR dan PAS.
Terbaru dikatakan Husam Musa bertanding di Parlimen Putrajaya. Tok Nik kekal mempertahankan kerusi DUN Chempaka. Penyanyi Aishah diletakkan bertanding di Jempol. Kita masih menunggu untung nasib Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman, Abby Abadi dan beberapa artis lain.
Terbaru dikatakan Husam Musa bertanding di Parlimen Putrajaya. Tok Nik kekal mempertahankan kerusi DUN Chempaka. Penyanyi Aishah diletakkan bertanding di Jempol. Kita masih menunggu untung nasib Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman, Abby Abadi dan beberapa artis lain.
Selain itu ada di Melaka, provokasi dilakukan oleh ahli Melayu DAP (DUN Ayer Molek) sehingga satu laporan polis di buat. Memang banyak laporan mengatakan bendera-bendera BN di potng dan di cabut. Tak kurang pula kejadian di Johor di mana petugas BN dicederakan. Begitu di Kelantan, seorang petugas BN turut dicederakan semasa memasang bendera BN. Tidak menghairan kerana sebelum ini didedahkan bagaimana PKR mengeluarkan arahan agar huru-hara (provokasi) dicetuskan untuk memastikan rkayat terus tertipu dengan lakonan dan propaganda 'sokongan rakyat' kepada Pakatan. Walhal, realiti mengatakan sokongan rakyat sudah berubah banyak kepada BN.
Di Pihak BN pula Dato' Shahrizat Jalil mengumumkan beliau tak bertanding dan hanya mahu menumpukan usaha memperkuatkan jentera pilihanraya Wanita UMNO. Calun MB bagi BN di Selangor masih menjadi tandatanya.
Perkembangan paling menarik ialah kesanggupan Papagomo bertanding sebagai calon bebas di Permatang Pauh. Ambe risau juga kot-kot Anwar Ibrahim akan teruja dan naik nafsu syahwatnya bila bertanding dengan Papagomo.
Menurut pendedahan Razali Abd Rahman, DAP menerima banyak dana untuk PRU13 dan beliau memberi amaran bahawa kempen yang bakal dijalankan oleh DAP adalah lebih agresif dan provokatif pada kali ini.
Tolak DAP PKR PAS, RAKYAT SELAMAT !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan