Sabtu, 13 April 2013

#PRU13 'DOSA MENJADI PAHALA' Jaminan Terbaru Hj Hadi Kepada Semua Pendosa @PapaGomo @barisannasional #TolakPR



Konpius Ambe dengan Ajaran Hj Hadi, Orang Islam Jadi Kafir, Mati Syahid Semasa Melawan Orang Islam, video saksi besi dan terkini Dosa Menjadi Pahala.

Kenyataan Mustapha Ali, SUA PAS :-
Saya tidak akan menjawab sebarang petanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan. 
Berikut pula adalah apa yang Peguamnya kata..
Asmuni Awi, yang mengetuai firma Awi dan Co, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau baru sahaja dilantik oleh Mustafa untuk mewakilinya. "Ini memang fitnah. Tidak ada orang buat kerja ini melainkan Umno. "Pelanggan saya menafikannya. Video itu tiba-tiba sahaja muncul," kata Asmuni yang juga pengerusi Lajnah undang-undang PAS. Asmuni (kiri) memberi amaran bahawa anak guamnya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pengeluar atau blogger yang memuat-naik imej tersebut. "Kalau kita tahu prodesur siapa yang terbitkan video ini kita akan ambil tindakan," katanya.
Kenyataan Ahmad Maslan:-
“Tayar basikal pancit tepi jalan pun salah UMNO,” “Tidak adil apabila mengaitkan semua yang yang terjadi dengan UMNO, sepatutnya tuan punya badan tampil menafikan perkara itu. “Kalau betul diri tak bersalah hantar video berkenaan kepada pakar untuk disahkan pelaku dalam video itu bukan dirinya,”
Kenyataan Hasan Ali,:-
"Adakah wajar paparan yang menyalahi syarak itu berlaku kepada pimpinan besar parti boleh ditolak tepi dan cuba dimatikan begitu sahaja?,"tanya beliau. Sekiranya Dato Mustapa Ali menafikannya, beliau perlu sekurang-kurangnya bersumpah dengan nama Allah bahawa individu yang telibat dalam video tersebut bukan dirinya;(Kenyataan penuh sila ke pautan ini AgendaDaily
Paling kelakar ialah kenyataan Hj Hadi, :-
“Kita (PAS) anggap itu satu fitnah…lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). “Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala,”  Abdul Hadi berkata beliau hairan kenapa pemimpin terbabit menjadi mangsa kerana beliau bukanlah calon PAS untuk bertanding mana-mana kerusi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.
Pada pemahaman ambe lah ke atas kenyataan Hj Hadi ialah:-
  1. Apa-apa pendedahan mengenai salahlaku mana-mana pemimpin PAS itu secara automatisnya adalah FITNAH; 
  2. Sebarang dosa melibatkan mana-mana pemimpin PAS , DOSA ITU BERTUKAR MENJADI PAHALA.
Bandingkan dengan apa yang pernah Hj Hadi perkatakan mengenai pendedahan mengenai peribadi pemimpin dan bakal pemimpin selepas PRK di Permatang Pasir (di mana PAS mengaibkan dan mendedahkan hal ehwal keluarga calun BN):-



Hj Hadi sudah konar baring lah bila ianya melibatkan 'checklist' mana-mana pemimpin DAP, PKR dan PAS. Secara umumnya bolehlah kita simpulkan, Hj Hadi lidahnya sudah berpintal seperti benang kusut dan 'Cakap Tak Serupa Bikin' dalam isu berbangkit mengenai soal maruah dan kepribadian Mustapha Ali waima masih belum disahkan secara rasmi samada Mustapha Ali menjadi calun atau tidak.

Beginilah 'Standar' sebuah Parti Politik yang menggunakan nama 'ISLAM' untuk melariskan segala produk-produk rosak dan sub-standar PAS. Dengan hanya beralasankan ' FITNAH' tanpa mengemukakan sebarangg bukti kukuh ( atau sedang dikilangkan bukti-bukti), serta tanpa merasa bersalah sedikit pun memutarbelitkan kenyataannya terdahulu, Hj Hadi menggunakan Janggut Sakti PAS, mengubah DOSA MENJADI PAHALA.

Adakah ianya kini menjadi satu lagi 'PAKEJ' dan 'PRODUK' PAS bagi sesiapa saja yang mahu mengundi PAS selain 'PAKEJ SORGA' , 'PAKEJ MATI SYAHID' dan 'PAKEJ NEGARA KEBAJIKAN' ?

You all masih mau lagi undi PAS ka ini macam?
Masih nak mempercayai mengundi PAS itu membantu AGAMA ISLAM?
Ada akai tolonglah gunakan dan jangan hanya menyerahkan OTAK dan AKAI kepada pemimpin PAS untuk BERFIKIR BAGI PIHAK ANDA!

MENOLAK PAS BERMAKNA ISLAM SELAMAT!

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...