Sabtu, 13 April 2013

#PRU13 Wajarkah Tempat Ibadah Dijadikan Bilik Gerakan? #TolakPR

KDYMM Sultan Selangor telah lama bertitah agar surau dan masjid tidak digunakan bagi tujuan politik.

Tapi kerana PAS merasakan mereka lebih besar dan lebih tinggi daripada Ketua Agama Negeri PAS tidak menghormati sebarang arahan Ketua Agama Negeri. PAS terlupa bahawa mereka tidak lagi memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Resam. Jawatan itu milik PKR yang diwakili oleh orang bukan Islam waima yang tercongok di depan ialah Khalid G.
 
Kita semua maklum bahawa PAS sudah menawarkan pakej baru, JOM UBAH DOSA JADI PAHALA selain pakej sorga, mati syahid, pahala solat dijamin, negara kebajikan dan yang tak terjangkau dek akal waras.

Halatuju PAS sudah dimeteraikan dengan Perjanjian Syaithan.  Perjanjian yang PAS kata sebagai Tahaluf Siyasi.

Bila surau dan masjid dijadikan Bilik Gerakan pada pandangan ambe, bukan pahala yang diperolehi tapi dosa saja dan menggangu ketenteraman ahli kariah dan jemaah untuk beribadat.

Bukan ke lebih baik surau dan masjid tidak digunakan bagi tujuan politik?
Walaupun di zaman baginda Rasullullah s.a.w. masjid digunakan sebagai tempat membincangkan masalah negara tapi tak pernah digunakan sebagai Bilik Gerakan Pilihanraya. Adalah mustahil untuk melakukan qias memgharuskan masjid digunakan bagi tujuan politik.

Tapi pada pandamgan PAS segalanya mungkin dengan pakej Hj Hadi, 
JOM TUKAR DOSA MENJADI PAHALA!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...