Selasa, 19 Mac 2013

NO-MISERY BUAT LAWAK KATA SABAH & SARAWAK MASIH MILIK SULTAN SULU YANG TAK WUJUD.

no-misery hanya jadi ajk biasa dalam MNLF yang tak punya apa2 kuasa dan pengaruh dah. So apa yang boleh di buatnya untuk tarik perhatian ialah buat lawak sebanyak mana mungkin. 

Tak perlu kot nak bukak banyak-banyak pasal asal-usul Tausug, dan Bangsamoro ni. Sebab kalu di buka nanti ada yang ketulahan meroyan sampai mampos plak. Kalu nak bukak asal-usul Kesultanan Sulu memang kusut kepala otak memikirkannya. Serabut kepala atas bawah. Orang Sulu ada Sultan setelah Sumatera hantar Rajanya. Jadi sendiri mao ingatlah.

Memang lawak lah bila No misery kata Malaysia jajah Sabah & Sarawak. Adehh. Malaysia itu termasuk Sabah & Sarawak lah. Takkan plak Sarawak dan Sabah jajah diri sendiri plak. Apa punya lawak lah.

Apa plak kena mengena dengan penyatuan Bangsamoro dan Tausug ?
Kalau dah No-misery dan puak Kiram 50sen di tolak oleh majoriti Bangsamoro dan Tausug, pe kejadahnya nak salahkan pulak Malaysia?
Takkan nak melarikan diri dari tanggungjawab maka dipersalahkan Malaysia yang diceroboh oleh puak pengganas Kiram 50sen? Sebijik cam setail puak pkr dap pas.

Dalam ceramah ANCAMAN KESELAMATAN NEGARA Isnin lepas, videonya ada, didedahkan kisah No Misery ne. Dikatakan beliau melakukan CBT semasa menjadi Gabenur Mindanao selepas perjanjian Perdamaian MNLF-FILIPINA. Kemudian melarikan diri ke Sabah. Di tangkap dan diekstradisikan ke Filipina. 
Misuari turut menegaskan tentangannya kepada rundingan damai MILF dan menyatakan MNLF telah pun menandatangani perjanjian dengan kerajaan Filipina di bawah pentadbiran berbeza di Manila pada 1976, 1987 dan 1996. 
"Itu adalah perjanjian damai yang perlu dilaksana terlebih dahulu dan sesiapa yang datang dengan perjanjian baharu adalah perosak," ujarnya. - AGENSI
Ketua MNLF tidak bermasalah dengan Perjanjian MILF-Filipina yang bermasalah ialah No Misery.
Lagipun, Tausug dan Bangsamoro mempunyai pelbagai pihak termasuk MILF , SSDI dan macam-macam lagilah.
Jadi sudah tentulah jalan terbaik perjanjian di buat dengan semua pihak.
MNLF dah dapat pejanjian mereka.
Kini sudah tiba giliran yang lain pula.  
Kemudian kalau ada lagi kumpulan fraksi.... lantaklah buat lah perjanjian pulak dengan fraksi-fraksi lain sampai kiamat.
MNLF bukannya satu-satunya ENTITI yang mewakili suara TAUSUG & BANGSAMORO.

Samalah apa yang berlaku di Sabah & Sarawak.
Sulu di Sabah dan di Sarawak pula tidak bertuankan MNLF dan MILF, SSDI dan mana-mana pewaris kesultanan Sulu , jika ada ler.
Mereka kembali kepada asal punca kesultanan Sulu sendiri yakni keturunan-keturunan Sultan-sultan Melayu yang ada pada hari ini.

Nak tahu lebih lanjut pasai No Misery meroyan tu sila klik pautan ini MIM

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...