Selasa, 8 Januari 2013

PARLIMEN PERLU BAHAS USUL PERLANGGARAN MAJLIS PEGUAM DI BAWAH AKTA PROFESION GUAMAN 1974 @ NajibRazak

* TIADA GAMBAR SEBAB JAWATANKUASA MAJLIS PEGUAM SAHIH MELANGGAR PERUNTUKKAN AKTA PROFESION GUAMAN 1974 BILA TURUT SERTA DALAM KEMPEN POLITIK KL 112*

Sudah jelas.
Sudah terang.
Tak perlu nak ding-dong sana ...ding-dong sini dah.
Bila Ahli Jawatankuasa Majlis Peguam turut serta dalam KEMPEN KL112 yang merupakan KEMPEN POLITIK KOTOR DAP PKR PAS, mereka TELAH SENGAJA MELANGGAR SEMUA KUASA-KUASA MEREKA DI BAWAH AKTA PROFESION GUAMAN 1974. 

MAJLIS PEGUAM bukan BADAN POLITIK dan di dalam AKTA PROFESION GUAMAN 1974, IANYA WAJIB PADA SETIAP MASA BEBAS DARI SEBARANG UNSUR DAN PENGARUH POLITIK.

Berstatus sebagai sebuah BADAN YANG DITUBUHKAN DI BAWAH SUATU AKTA PARLIMEN, MAJLIS PEGUAM tertakluk kepada PEMANTUAN DAN BERTANGGUNGJAWAB kepada PARLIMEN, BADAN EKSEKUTIF, BADAN KEHAKIMAN dan KEPALA NEGARA YDPA.

Mana boleh MAJLIS PEGUAM sesukahati menafsirkan dan mentakrifkan kuasa-kuasa mereka di bawah AKTA PROFESION GUAMAN 1974 mengikut SELERA DAN KEHENDAK MEREKA.

MAJLIS PEGUAM tidak diberikan sebarang KUASA MANDAT di bawah AKTA PROFESION GUAMAN untuk melakukan sedemikian. Apa yang berlaku sekarang ialah MAJLIS PEGUAM bertindak sendiri melampaui kuasa-kuasa mandat yang diberikan di bawah AKTA PROFESION GUAMAN 1974.

Tidak ada sebarang peruntukan di bawah AKTA PROFESION GUAMAN 1974 memberikan MANDAT KUASA kepada MAJLIS PEGUAM untuk TERLIBAT DALAM SEBARANG AKTIVITI dan KEMPEN POLITIK pun samada secara terus atau secara tidak langsung.

Kuasa mentakrif dan menafsir kuasa-kuasa MAJLIS PEGUAM di bawah AKTA PROFESION GUAMAN 1974 terletak kepada PARLIMEN DAN BADAN KEHAKIMAN

Apa yang berlaku sekarang ialah MAJLIS PEGUAM TERLIBAT DALAM SEMUA AKTIVITI DAN PERGERAKAN SERTA KEMPEN POLITIK DAP, PKR & PAS. 

MAJLIS PEGUAM tidak mempunyai sebarang KUASA MANDAT di bawah AKTA PROFESION GUAMAN 1974 (APG 1974) untuk TERLIBAT DALAM kempen politik:-

BERSIH.
HIMPUNAN HIJAU.
HIMPUNAN OREN

Mengikut AKTA PROFESION GUAMAN 1974, mana-mana ahli Majlis Peguam yang mahu terlibat dalam politik mestilah dan wajiblah TIDAK MENGHERET SAMA MAJLIS PEGUAM KE DALAM KANCAH POLITIK.

Dalam keadaan sekarang, ahli-ahli Majlis Peguam yang turut menjadi ahli dan anggota parti politik TELAH MENGHERET DAN MENCEMAR NAMABAIK MAJLIS PEGUAM sebagai sebuah BADAN BEBAS POLITIK ke dalam kancah politik yang tak sepatutnya. 

MAJLIS PEGUAM diberikan AMANAH & MANDAT untuk MENJAGA KEPATUHAN KEPADA PERUNDANGAN NEGARA serta MENDIDIK MASYARAKAT MEMATUHI UNDANG-UNDANG NEGARA.

Itu hanya boleh dilaksanakan oleh MAJLIS PEGUAM dengan SENTIASA BEBAS DARI PENGARUH POLITIK. Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh MAJLIS PEGUAM. Sesuai dengan moto mereka "UPHOLD THE LAW WITHOUT FEAR OR FAVOR" dalam ruanglitup dan batasan perundangan negara mengikut AKTA PROFESION GUAMAN 1974.

Bukannya seperti sekarang ini di mana MAJLIS PEGUAM telah bertindak di luar batasan kuasa-kuasa mandat di bawah AKTA PROFESION GUAMAN 1974.

Nampaknya MAJLIS PEGUAM telah bertindak BIAS / BERAT SEBELAH.

Bermakna MAJLIS PEGUAM sudah TIDAK RELEVAN LAGI sebagai sebuah BADAN BEBAS PENGARUH.

Dah memang patut di tukar dan di ganti dengan BADAN STATUTORI lain. 


1 ulasan:

Shahrul Azman Bin Alang Saidi berkata...

Memang betul. Sudah lama nampak mereka ini tanpa segan silu memberi pendapat dan keluar berarak di jalan raya. Mereka fikir sebab mereka orang undang-undang mereka boleh mentafsirkan undang-undang mengikut citarasa mereka sendiri. Mereka silap dan kerajaan harus sedar cepat. Semoga dengan artikel ini Menteri yang jaga undang-undang cepatlah bertindak. Tetapi kenalah tunggu selepas pilihan raya. Sebab tiada lagi sessi parlimen sehinggalah kerajaan baru terbentuk selepas pilihanraya yang bakal tiba nanti. Syabas Jas. Bravo.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...