Ahad, 30 Disember 2012

PERLEMBAGAAN NEGARA KAFIR KAH ATAU HJ HADI ANACONDA SEJAM YANG MENGKAFIRKANNYA?

AMANAT HAJI HADI.

Salah satu yang di sebut dalam AMANAT HJ HADI ialah mengenai status PERLEMBAGAAN MALAYSIA yang disifatkannya sebagai PERLEMBAGAAN PENJAJAH, PERATURAN KAFIR & JAHILIYAH. Betul ke rumusan Hj Hadi Anaconda Sejam mengenai status Perlembagaan & peraturan di Malaysia neyh? Atau rumusannya jauh dari REALITI SEBENAR. Jom kita kupas pendek. 

Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk merangka satu Perlembagaan bagi Tanah Melayu yang merdeka. Keanggotaannya dipersetujui oleh Raja-raja Melayu. Wakil Raja-raja Melayu pun ada dalam Suruhanjaya Reid. Ianya bukan 100% diwakili dan dilantik oleh British. 

Dan dalam saranan Suruhanjaya Reid akhirnya bersetuju meletakkan Fasal mengenai AGAMA RASMI PERSEKUTUAN yakni AGAMA ISLAM. Kemudian KES RUJUKAN KEPADA MAJLIS PRIVI DIMANSUHKAN. Seterusnya, FASAL 121 (A) mengasingkan dengan jelas bidangkuasa Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah. Carilah dalam mana-mana perlembagaan dan peraturan jahiliah dan kafir di dunia ini yang ada FASAL YANG SAMA seperti PERLEMBAGAAN kita mengenai fasal-fasal yang disebutkan tadi. 

Perlembagaan kita juga memperuntukkan dengan jelas kuasa dan bidangkuasa hal ehwal agama Islam dan memberikan perlindungan yang ketat kepada agama Islam. 

Sebenarnya setelah berlalu 56 tahun merdeka, bentuk dan format asal Perlembagaan sudah banyak di pinda dan di ubah mengikut citarasa tempatan. Sudah banyak fasal-fasal di ubah dan di pinda. 

Fikir sejenak dan tambahkan pembacaan lagi.
Adakah benar dan betul rumusan Hj Hadi Anaconda Sejam mengenai status Perlembagaan kita?
Bila difikirkan kembali memang jelaslah AMANAT HAJI HADI ANACONDA SEJAM BERSIFAT ANTI ISLAM. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...