Memaparkan catatan dengan label Blog-blog Hebat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog-blog Hebat. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Ogos 2012

PERLANCARAN TEMERLOH TV -DATO HJ MOHD SHARKAR

EXCO IT INOVASI & TEKNOLOGI -ADUN LANCHANG-Dato Hj Mohd Sharkar melancarkan saluran Temerloh Tv (TTV) bagi memudahkan rakyat dan pelbagai agensi kerajaan menyalurkan makvlumat dan membuat aduan. Dalam sidang media yang diadakan serentak dengan majlis sambutan aidilfitri Dun Lanchang bersama UMNO Bahagian Temerloh Dato Hj Mohd Sharkar menjelaskan bahawa Peranan dan fungsi utama TTV ditubuhkan untuk menjadi saluran efektif antara rakyat dengan agensi kerajaan dalam Parlimen Temerloh dan DUN Lanchang. 

Secara tidak langsung bilangan pengguna dan celik IT akan bertambah di dalam Parlimen Temerloh dan DUN Lanchang. Objektif memajukan minda dan memdedahkan rakyat tempatan kepada pengetahuan dan kesedaran melalui IT mampu dipercepatkan dengan adanya saluran di mana rakyat boleh berinteraksi dengan mudah dan menyalurkan pendapat serta membuat aduan tanpa perlu beratur panjang di kaunter.

Pengendali TTV ialah sebuah firma IT dikenali sebagai The Center Point Of Peninsular Broadcast Media. Menurut Dato Hj Mohd Sharkar diharapkan rakyat dapat memanafaatkan sepenuhnya TTV bagi kepentingan mereka.

Jumaat, 6 Mei 2011

LAYARILAH BLOG DR RIDHUAN TEE , DAP Cukup Takut Dengan Kewibawaan Beliau, Cina Ramai Suka Beliau.


1. Kita seringkali alpa dan lupa kepada orang-orang hebat dan penulis-penulis handalan lagi disegani oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia. Pendapat-pendapat mereka yang begitu bernas dan menarik banyak komen-komen menarik seolah-olah di telan dan dilupai begitu sahaja sedangkan ianya memberikan impak yang begitu besar dan bermakna sekali. Kumpulan NADI RAKYAT GRUP , Kumpulan BLOGGERS NYAMUK dan rakan-rakan sekutu mereka seperti GELOMBANG WANGSA MAJU, GERAKAN ANTI-PKR, kumpulan PAHANGKU, MYKMU, UMB, BLOGER PRO BN SABAH & SARAWAK dari masa ke semasa akan memberikan link-link yang berguna bagi mempromosikan blog-blog yang sedemikian rupa contohnya pada hari ini JS mewakili semua rakan-rakan sekutu meminta orangramai juga turut membaca blog penulis dan pemikir hebat di tanahair iaitu DR RIDHUAN TEE ABDULLAH , kenapa JS berkata begitu?

2. Sebab-sebabnya ialah berikut :- 

(A) Dr Ridhuan Tee Abdullah adalah seorang warga Malaysia, orang Melayu keturunan Cina beragama Islam. Pandangan beliau adalah pandangan orang Melayu dari kacamata orang Cina yang beragama Islam. Hebatkan ? Pandangan beliau mewakili hampir kesemua pandangan lapisan masyarakat di Malaysia.

(B) Manakan tidak, beliau diberikan limpah nikmat luas oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana beliau hidup dan mengamalkan budaya Melayu, budaya Cina dan budaya Islam sekaligus setiap hari setiap waktu dalam kehidupan beliau. Tidak hebatkah beliau ini?

(C) Beliau boleh menjadi ahli UMNO, PAS, PKR, DAP, GERAKAN, MCA tetapi beliau memilih untuk menjadi orang Melayu tanpa melupakan asal-usul Cina beliau dan terus berdakwah kepada kerabat Cinanya mengajarkan dan menjadi contoh hidup kepada mereka mengenai kebaikan Melayu dan Islam. Sungguh hebat beliau, sungguh luarbiasa orangnya dan tidak salah JS katakan inilah sebenarnya rupabentuk ANUGERAH ALLAH SWT!

3. Jadi apa tunggu lagi ? Link beliau sudah JS sediakan di laman blog JS, layarilah blog DR RIDHUAN TEE ABDULLAH

RIDHUAN TEE

This website is meant as a forum to discuss issues related to politics & government, cross cultural & strategic studies, Islam & comparative religion and motivation. All the articles written are the personal views of Dr Mohd Ridhuan Tee. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views provided by Dr Mohd Ridhuan Tee.


INLAH ORANG HEBAT, LAHIR SEBAGAI ORANG CINA, KEMUDIAN MENJADI MELAYU BERAGAMA ISLAM, TAPI TIDAK MELUPAKAN KETURUNANNYA. SEKARANG BELIAU BERGELAR DOKTOR DAN ILMU AGAMANYA WOW ! HEBAT !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...