EXCO IT INOVASI & TEKNOLOGI -ADUN LANCHANG-Dato Hj Mohd Sharkar melancarkan saluran Temerloh Tv (TTV) bagi memudahkan rakyat dan pelbagai agensi kerajaan menyalurkan makvlumat dan membuat aduan. Dalam sidang media yang diadakan serentak dengan majlis sambutan aidilfitri Dun Lanchang bersama UMNO Bahagian Temerloh Dato Hj Mohd Sharkar menjelaskan bahawa Peranan dan fungsi utama TTV ditubuhkan untuk menjadi saluran efektif antara rakyat dengan agensi kerajaan dalam Parlimen Temerloh dan DUN Lanchang.
Secara tidak langsung bilangan pengguna dan celik IT akan bertambah di dalam Parlimen Temerloh dan DUN Lanchang. Objektif memajukan minda dan memdedahkan rakyat tempatan kepada pengetahuan dan kesedaran melalui IT mampu dipercepatkan dengan adanya saluran di mana rakyat boleh berinteraksi dengan mudah dan menyalurkan pendapat serta membuat aduan tanpa perlu beratur panjang di kaunter.
Pengendali TTV ialah sebuah firma IT dikenali sebagai The Center Point Of Peninsular Broadcast Media. Menurut Dato Hj Mohd Sharkar diharapkan rakyat dapat memanafaatkan sepenuhnya TTV bagi kepentingan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan