Ahad, 15 Januari 2012

PAKATAN MENTALQINKAN PAKATAN HAPUSKAN TOL, HALAL LIWAT & RASUAH.




Semakin dekat dengan pilihanraya semakin Pakatan tertekan mengeluarkan kenyataan-kenyataan dangkal dan tidak masuk akal. Di Konvensyen Pakatan ke 3 bermula semalam di Alor Setar Kedah, kenyataan daripada Ambiga dan Lim Guan Eng adalah bukti dan petanda daripada Allah Ta'ala bahawa Pakatan Sosialis adalah pendusta, penipu, pembohong, pengamal rasuah tegar dan pembawa bencana kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ambiga mengakui bahawa Pakatan mengamalkan rasuah di semua peringkat dan menggalakkan rasuah diamalkan jika memerintah. Pakatan juga turut menggalakan amalan seks luar tabie', menggalakkan umat Melayu Islam murtad dan bakal menindas semua pribumi Malaysia.


Lim Guan Eng pula mendedahkan kelemahan dan penipuan Pakatan terutama penipuan DAP mengenai penghapusan tol. 


Kita maklum DAP berjanji akan menghapuskan tol jambatan Pulau Pinang dan Tol Sg Nyior yang sehingga sekarang masih tidak dihapuskan oleh DAP Pulau Pinang. Kini Lim Guan mahu berjanji lagi menghapuskan tol PLUS dengan niat mahu memungkirinya. Lim Guan End menggunakan kaedah saikologi sama dengan dakyah Tentera Jepun untuk menakluk Asia dengan slogan "Asia Untuk Orang Asia'.

Lim Guan End menipu semua pengguna dan pembayar tol melalui justifikasi bahawa semua wang kutipan tol oleh PLUS masuk ke dalam poket kroni. Jumlah RM23 billion adalah hasil pelaburan RM6 billion. Wang RM23 billion tersebut digunakan oleh PLUS untuk kos penyelenggaraan lebuhraya, kerja-kerja kontrak untuk kontraktor bebas, pengusaha bitumen, pengusaha kuari batu, kos baikpulih lebuhraya, kos elektrik dan membayar gaji kakitangan PLUS yang bukan ahli kepada mana-mana parti politik pun. 



Memanglah Lim Guan End mahu mematikan PLUS kerana beliau berhasrat dan berniat untuk memberikannya pula kepada syarikat-syarikat kroni DAP PAS PKR yang lebih mencekik darah rakyat jelata. 


Lim Guan End sedikit pun tidak menyentuh mengenai pembelaan kepada kakitangan PLUS, kontraktor bebas PLUS dan semua pembekal PLUS. Di Pulau Pinang dan di semua negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan jalanraya dan kemudahan asas terabai serta tidak diselengarakan dengan baik. Adakah anda mahu perkara yang sama berlaku kepada lebuhraya yang di bina oleh PLUS? 


Sebenarnya pembayar tol membayar tol untuk memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia kepada PLUS. Pembayaran tol itu menjanakan pelbagai kegiatan ekonomi lain. Bukannya spertimana yang Lim Guan End tipu yakni wang tol masuk ke dalam poket kroni. Itu hanyalah fitnah mega Lim Guan End sahaja!


Anda perlu ingat, Lim Guan End inilah manusia yang mahu mencampakkan RM6 juta kompleks parkir di Bukit Bendera je dalam laut agar beliau dapat mengaut keuntungan dua kali lipat dengan pembinaan kali kedua. 


Pakatan tidak pentingkan kebajikan rakyat. Pakatan hanya mahu memperbodohkan rakyat agar poket mereka sentiasa penuh. Mereka tidak peduli dengan kesusahan rakyat. Pada Pakatan semakin susah hidup rakyat semakin berkuasa Pakatan dan semakin kaya pemimpin Pakatan.


Tolaklah Pakatan. 


TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

pukimaq berkata...

Biarlah dia nak halalkan liwat.Aku pun suka meliwat gak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...