Ahad, 15 Januari 2012

UIKS NAK BOM HELIKOPTER? AWAT TAK JUAL ROTI BOM?

Alarh kecoh benor lah plak pasal ada budak sekur meroyan nak bom helikopter PM. Ugutan-ugutan sebegitu sudah banyak kali di buat oleh puak anti Najib. Maklumlah budak-budak nakal. Sedangkan kejadian letupan tiga biji bom masih belum diketahui siapakah pelakunya. Kita cuma tahu pihak mana yang wajib bertanggungjawab ke atas kejadian itu yakni PKR.

PKR tidak boleh melepaskan diri mereka dari memikul tanggungjawab tersebut. Surat sudah dan telah ditandatangani oleh Shamsul Iskandar selaku wakil sah PKR.



Agak anih bila Azmin Ali menafikan PKR bersetuju menerima sepuluh syarat di dalam surat tersebut. Beliau cuma mengakui bahawa PKR menurunkan tandatangan sebagai Akuan Terima Surat sahaja dan bukan isi kandungan surat. Apa punya tolol Azmin Ali.


Sekali lagi keanihan berlaku bilamana letupan berlaku. Keanihan yang dimaksudkan ialah reaksi PKR dan peserta perhimpunan ke atas letupan. Tidak ada keributan. Tidak ada aksi melatah. Tidak ada kekecohan. Tidak ada sebarang bunyi pun daripada PKR dan peserta. senyap sunyi. Malah di tempat kejadian amat jelas para peserta buat derk sahaja bila mendengar bom meletup tiga kali! Amboi ! yang meletup tiga biji bom dan bukan mercun papan. Anih bukan?


Jadi bila ada budak nakal hendak meletupkan helikopter Najib buat apa nak kecoh? Tangkap dan soal siasatlah budak itu. Takkan nak tunggu helikopter meletop barulah nak cari budak nakal tersebut. Tak masuk akal lah kalau buat begitu. Cuma jangan minta budak nakal itu tandatangan surat yang ada syarat bahawa beliau dibenarkan buat protes aman di helipad tapi tak boleh bawa senjata merbahaya. Kalu boleh jangan panggil Shamsul Iskandar menandatangani surat tersebut. Tandatangan Shamsul Iskandar tak laku di mata Azmin Ali.


Kalau PKR boleh beri alasan Saiful Bukhari rela di liwat, sudah tentu PKR boleh beri alasan helikopter meletop kerana sudah ditakdirkan meletop. Mungkin budak nakal itu terlebih tengok filem aksi kot?


Kita gelarkan budak nakal itu 'Rambo'

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...