Ahad, 15 Januari 2012

AMBIGA DI RASUK JEMBALANG BELAAN SIAPA?


Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan berkata Pakatan Rakyat perlu mengemukakan rancangan pengampunan kepada pelaku rasuah sekiranya berjaya membentuk kerajaan.
"Kita mesti hukum perasuah besar tapi boleh maafkan perasuah kecil supaya kita boleh langkah ke depan tanpa halangan," katanya dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Alor Setar hari ini.
Beliau memberi cadangan demikian dengan mengambil contoh daripada pengalaman Hong Kong ketika menubuhkan badan anti rasuah ICAC.
Berucap dalam sesi sesi suara nurani rakyat Malaysia dalam konvensyen itu, Ambiga turut menyarankan supaya Pakatan menyediakan dasar untuk mencari kebenaran dan menyelesaikan kes kematian melibatkan agensi awam.
Beliau mengambil contoh proses perdamaian Afrika Selatan melalui pembentukan suruhanjaya untuk mencari kebenaran dalam kes-kes seperti kematian Teoh Beng Hock dan Sarbaini Ahmad.
"Saya mahu tahu apakah pendirian Pakatan dan dalam hal pembentukan commision of truth and reconciliation ini," katanya
Jelasnya, kes berkenaan bertujuan untuk membolehkan anggota keluarga terlibat mendapat keadilan.
Setuju ! Kita patut pinda AKTA RASUAH dan AKTA SPRM serta menetapkan bahawa sebarang jumlah di bawah RM 1 billion atau USD 1 billion mana yang lebih besar adalah JUMLAH KECIL RASUAH. Manakala jumlah RM500,000.00 ke bawah adalah JUMLAH RASUAH BESAR. (Bakal di pinda setiapkali ada syarikat milik isteri pemimpin Pakatan dapat tender dengan sebutharga paling tinggi).

Ambiga dikatakan telah di rasuk oleh jembalang ini (gambar) semasa memberikan ucapan di atas. 


TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memberi dan menerima rasuah adalah salah tak kira jumlah. Mana integriti orang yang bercakap? Yang salah tetap salah. Mencuri tetap mencuri, mesti dihukum mengikut cara tetapi tidak boleh dimaafkan secara total kecuali dimaafkan oleh orang yang dianayai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...