Ahad, 21 Oktober 2012

BERITA BAIK UNTUK BN: PKR SERANG PAS KELANTAM GUNA CACAIMARBA PAS UNTUK DAPAT KERUSI LEBIH.

Paparan Skrin Cacaimarba PAS Yang Digunakan Oleh PKR Untuk Mendesak Kuaota Kerusi Yang Lebih Daripada PAS di Kelantan.

Kedudukan PAS di dalam Pakatam semakin goyah dan bergoncang hebat nampaknya. PAS sudah di nilai sebagai liabiliti berat oleh PKR dan DAP. Jika sudah keluar desakan-desakan seperti di atas terhadap PAS oleh cacaimarba PAS sendiri bayangkanlah magnitud masalah PAS dalam Pakatam. 

Bahkan akhir-akhir ini kita sendiri menyaksikan bagaimana PAS di hentam dan dikeroyok teruk oleh cacaimarba mereka sendiri dalam semua isu-isu. Sehinggakan pemimpin PAS pun turut di cela dan di kutok rapat oleh cacaimarba PAS berbanding dengan layanan istimewa macam Dewata yang di terima oleh pemimpin-pemimpin PKR dan DAP. 

Seorang bloger pro PAS pernah mengulas dan menulis keluhannya mengenai serangan bertubi-tubi dari dalam PAS sendiri terhadap PAS. Beliau pun hairan kenapa layanan begitu buruk terhadap PAS diberikan oleh sekutu-sekutu politik PAS dalam Pakatam. Beliau menyimpulkannya :-

jika pemimpin PAS bersuara : " Ini tidak baik untuk Pakatam"
jika pemimpin PKR di kritik :  " Itu agen UMNO"
jika pemimpin DAP di tegur:   " Itu sudah di beli UMNO"

Nampaknya jelaslah Tahaluf Siyasi yang PAS pegang sudah memakan diir mereka sendiri. Ini kerana amalan Tahaluf Siyasi PAS tidak mematuhi syarat-syarat dan tidak mempunyai ciri-ciri Tahaluf Siyasi yang dibenarkan dalam syara'. Inilah kesan dan akibatnya bila PAS suka-suka hati mempermainkan hukum-hakam agama Islam menurut kehendak duniawi mereka bagi mendapat kerusi.PAS lebih memanipulasikan Tahaluf Siyasi daripada benar-benar menghayatinya. 

Jika beginilah konflik dalaman Pakatam yakni berlaku perebutan kerusi serta layanan buruk sesama sendiri, ini merupakan berita baik buat BN. Moleklah Pakatam memusnahkan sesama sendiri. Bertambah mudah dan senang kerja kami menengakkan Kebenaran. 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...