Jumaat, 7 September 2012

TERKINI !DUN SELANGOR BAKAL DIBUBARKAN BULAN NOVEMBER INI.


Tak syak lagi ... Pentadbiran Pakatam Jahanam Selangor akan tetap membubarkan DUN Selangor pada bulan November ini. Berikutan dengan arahan Anwar Aib Brahim yang kini semakin kurang selesa dengan DAP dan PAS. Menurut sumber maklumat, berdasarkan kepada kajiselidik yang telah di buat oleh pasukan strategi PKR, jika Pakatam Jahanam masih berterusan bermain dengan DS Najib mengenai tarikh PRU 13, peluang adalah tipis buat PKR untuk mengekalkan kekuasaan di Selangor. 

Khalid G sudahpun menerima arahan tersebut daripada Anwar Aib Brahim dan bakal mengadap  KDYMM Sultan Selangor untuk perkenan baginda dalam masa yang terdekat.

Selangor adalah tapak pengembangan terpenting buat PKR untuk menguasai Putrajaya. Bagi membuktikan bahawa PKR adalah dominan terkuat berbanding dengan DAP dan PAS, masa yang paling sesuai untuk PKR membubarkan DUN Selangor ialah pada bulan November ini, PKR tidak mempunyai masaalah besar bagi sokongan di Selangor kerana ianya merupakan kubu terkuatnya setakat ini. 

PKR tidak mampu hadapi krisis dalaman lagi dengan sekutu-sekutunya dalam Pakatam Jahanam mengenai pembahagian kerusi. Hanya dengan melakukan pilihanraya bagi DUN Selangor sahaja mampu melonjakkan kembali maruah dan imej PKR. 

Kelompok parasit PAS Selangor tunduk patuh kepada Anwar Aib Brahim. DAP pula tidak menjadi masaalah besar kerana pada bulan November ini pemilihan komiti baru bagi setiap negeri-negeri akan dilaksanakan. Ini memberikan peluang kepada Anwar Aib Brahim untuk pecah-perintah kem-kem dalam DAP. 

Majoriti akar umbi PKR Selangor masih bertaat setia kepada Anwar Aib Brahim. Kalid G tidak mampu menerima tekanan daripada kem Anwar Aib Brahim-Azmin Ali lagi. Kalid G akan akur saja. 

PKR mempunyai keyakinan tinggi untuk memenangi lebih daripada 2/3 majoriti kerusi DUN Selangor dan paling minima pun menguasai majoriti mudah tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada DAP dan PAS. Pada congakan PKR, kemenangan di DUN Selangor nanti bakal dijadikan Trump Card untuk Check & Balance permintaan yang bukan-bukan daripada DAP. 

PKR juga mencongak tindakan drastik kali ini mampu mengagalkan terus usaha kelompok pro Ulama menyatupadukan UMNO-PAS. 

PKR tidak mampu lagi menunggu PRU 13 dan membubarkan DUN Selangor pada November ini merupakan tindakan yang tepat pada masanya dan mampu menyelesaikan banyak masaalah dalaman Pakatam Jahanam, menurut sumber maklumat tersebut.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...