Apabila berlaku terlalu ramai Bekas Pekerja SHELL berimigrasi ke dalam PETRONAS semangat kerja SHELL mula menguasai PETRONAS. Kononnya, bagi mengemaskini mutu perkhidmatan Petronas dan SOP Petronas yang di dakwa oleh kelompok imigran SHELL sebagai lapok dan usang. Berlakunya kebanjiran kontraktor minyak dan gas dari Singapura. Gaji yang terlalu lumayan bagi sesetengah 'Penasihat'. Paksaan mengikut penyelesaian SHELL. Malangnya, menurut sumber maklumat sehingga ke hari ini tiada satu pun polisi efektif yang nampak di pandang dan dilaksanakan. Sebaliknya imigran SHELL ini semuanya bersemangat 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'. Ramai pekerja Melayu yang mahir, professional, cekap, rajin, komited, patriotik, berkebolehan serta setia kepada syarikat minyak nasional ini rasa terpinggir dan dipinggirkan oleh bekas-bekas pekerja SHELL yang di bawa masuk.. Baca seterusnya di sini LGBT MENGUASAI PETRONAS.
Lebih membimbangkan bila perkara yang sama berlaku dalam industri perbankan negara. Terutamanya di dalam Bank Islam. Dikatakan terlalu ramai golongan profesional daripada bank komersial lain di ambil dan diletakkan di dalam pengurusan tertinggi. Kemahiran 'baru' yang diharapkan menjadi 'Mimpi Ngeri' bilamana semangat yang di bawa bertentangan dengan 'Semangat Islam' yang di pupuk selama ini. Sedikit demi sedikit Semangat Ke-Melayuan' di kikis. Berlakunya satu corak diskriminasi Budaya Kerja. Ramai kakitangan berkebolehan terpaksa meninggalkan Bank Islam yang selama ini mereka sayangi untuk menyertai Bank Ar-Rajhi.
Kalau sebelum ini pengabungan AirAsia-MAS meresahkan pekerja MAS akibat budaya korporat AirAsia yang ibarat 'Ular Lidi Hendak Menelan Naga' menjadi mimpi ngeri. Usaha penyelamatan yang di dakwa sebagai inovatif dan kreatif lebih cenderung kepada amalan 'Merompak Di Sianghari'.Akibatnya, keresahan mula timbul di kalangan kakitangan MAS.
Akhirnya apakah kesan impak ke atas undi kepada BARISAN NASIONAL? Undi kaum Cina tetap tidak akan berubah sedikit pun. Tetapi undi kakitangan Melayu di dalam PETRONAS, INDUSTRI PERBANKAN dan INDUSTRI PENERBANGAN akan berubah menjadi UNDI PROTES yang tak mampu di kesan oleh para pembodek di sekeliling DS Najib.
Berapa banyak lagi kelompok pengundi protes senyap yang bakal muncul jika situasi-situasi sebegini tidak ditangani dengan baik? Polisi Keterbukaan yang di tuntut oleh pertubuhan pengundi Cina mengundang malapetaka paling besar buat BARISAN NASIONAL.
Dibimbangkan bahawa Polisi Keterbukaan di sektor GLC membawa keuntungan kepada satu kelompok khas etnik manakala etnik Melayu semakin Tertutup mendapat peluang-peluang yang sama di sektor swasta. Helo, mana ada pekerja Melayu yang berkebolehan dan berkemahiran diberikan peluang menjawat jawatan di peringkat pengurusan. Memang berlaku diskriminasi di tempat kerja terhadap orang Melayu.
Kepada para pembodek bertaraf 'Punahsial' yang berada di sekeliling DS Najib sila lah buka mata dan buka minda anda terhadap rungutan Polisi Keterbukaan yang menutup periuk nasi orang Melayu di dalam GLC dan perbankan. Sikap bodoh sombong anda telah banyak merugikan masa depan dan potensi orang Melayu.
Kalau masih tak reti bahasa juga jangan menyesal jika peratusan undi protes senyap semakin meningkat terhadap BARISAN NASIONAL. Ibarat kata , ' Yang di Kendong Berciciran dan Yang Di Kejar Tak Dapat'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan