Hamba tak peduli lah dengan macam-macam Teori Konspirasi Illuminati ke Freemason ke berkaitan dengan penubuhan NEGARA BERNAMA MALAYSIA. Buat pening kepala je nak memikirkannya. Tidak ada satu pun Fakta, Bukti kukuh dikemukakan. Semuanya berbentuk prejudis dan perlancapan minda songsang yang gilakan kuasa semata-mata. Kerana semua hujah-hujah yang anti MALAYSIA ini banyak dipengaruhi oleh idealisma komunis dan sosialis yang tak keruan hujung pangkal.
Jangan pedulikan lah mengenai kertas kerja MALAYSIA A STUDY OF DIRECT AND INDIRECT RULE tulisan Professor Ruppert Emerson yang dijadikan hujah dangkal oleh pepuak anti MALAYSIA. kalau tak suka sangat MALAYSIA ini sila berimigrasi ke negara lain.
Hamba juga tak ambil peduli pasa penubuhan NEGARA ISLAM dan perlaksanaan HUDUD rayuan undi retorik puak PAS yang sejak sekian lamanya asik nak berbunuh sesama Islam yang sebangsa. Mengkafirkan sesama Islam sebangsa dan yang menolak kecintaan kepada bangsa.Yang menuduh semangat WATANIYYAH adalah ASSOBIYAH sedangkan merekalah pengamal sebenar ASSOBIYAH apabila enggan menerima kebenaran video salahlaku seksual Anwar Aib Braheem.
Hamba juga tidak ambil peduli mengenai seruan JIHAD oleh para kelompok bangang yang mengaku Tentera Al Mahdi yang sentiasa berkhayal bahawa MELAYU adalah BANI JAWI yang di sebut-sebut sebagai keturunan Keturah yang bakal menghancurkan Israel. Silap besarlah kalau masih menyakini bahawa MELAYU ini pemegang PANJI-PANJI HITAM DARI TIMUR. Mungkin Hang Tuah menyebutkan RUMPUN BANGSA MELAYU yang lain dari TANAH MELAYU ini.
Mustahil satu bangsa yang berpecah-belah dan sentiasa dahagakan darah sesama sendiri serta melupakan asal-usul mereka adalah bangsa yang ditakdirkan mencapai kegemilangan di akhir zaman. Kita sahaja yang perasan lebih. Syok sendiri yang tak keruan. Itu semua adalah dalam pengetahuan rahsia Allah Ta'ala jua. Kita hanya menduga-duga dalam kesamaran yang tak nyata.
Hamba juga tidak kisahkah apa jua slogan KETUANAN RAKYAT, KUASA RAKYAT, MAKKAL SAKHTI dan KEBANGKITAN RAKYAT kerana semua itu retorik politik bangang yang mahu merobek-robek keadaan harmoni dan aman negara ini sejak 1969.
Hamba juga tak peduli mengenai kemiripan bendera JALUR GEMILANG dengan bendera USA. Hamba tak peduli dengan Teori Sang Saka Malaya yang membawa aspirasi Neo Kolonialis Komunis yang telah gagal dan di tolak mentah-mentah oleh majoriti rakyat TANAH MELAYU sejak 1930an lagi.
Hamba juga tidak ambil peduli seruan Mat Syabu pepatungan DAP yang mahukan para pembunuh dan penyumbangleweng Rejimen ke 10 PKM sebagai Pejuang Kemerdekaan. Mereka yang sanggup bersama Chin Peng walaupun setelah negara mencapai kemerdekaan. Sanggup membunuh Ketua Polis. Sangggup membunuh para suami dan para bapa yang berkhidmat dalam Tentera dan Polis. Kelompok yang sanggup hidup dalam buangan kerana kedegilan dan kejahilan mereka enggan mengakui mereka di tipu oleh pihak komunis.
Hamba pun tak peduli dengan tuduhan melulu mengenai Assobiyah yang telah diselewengkan maknanya oleh PAS demi kepentingan politik sempit mereka. Kemungkaran sekutu tahaluf Siyasi PKR dan DAP yang dipertahankan oleh PAS. Menyeru agar memusnahkan kasih sayang kepada bangsa.
Tapi Hamba memang pedulikan yang Hamba ini adalah seorang warganegara MALAYSIA. Hamba ada bangsa keturunan Melayu dan ada negara bernama MALAYSIA dan agama Hamba sama dengan agama negara ini yakni ISLAM.
Anda bagaimana ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan