Rabu, 26 September 2012

JET SEWA BAS SEWA BINI KONGSI DANA SOROS PAKATAM MENGHAMPIRI PUTRAJAYA.

Trend Menurun Bagi BN dan Menaik bagi Pakatam 
Kajian Bagi Tempoh 1 September -16 September 2012.
Tapi Majoriti Kepercayaan Masih Berpihak kepada BN


Semasa isu jet sewa dan bas sewa/beli/guna termasuk lori kompektor dan dana asing Soros menjadi topik perbualan hangat di Selangor, UMCEDEL keluarkan kajiselidik menunjukkan keyakinan peratusan Pakatam ke Putrajaya semakin berkurangan. Pada masa yang sama pecacai pakatam pencela tegar mula memanipulasikan statistik UMCEDEL bagi menampakkan Pakatam mempunyai peluang yang cerah ke Putrajaya. 

Salah satu perkara menarik dalam kajiselidik UMCEDEL ialah mengenai meningkatnya kepercayaan awam mengenai laporan media massa terhadap kelemahan pentadbiran negeri di bawah pakatam. (Rajah di bawah)


Tapi agak memeranjatkan bilamana responden memberikan keyakinan kepada Pakatam untuk terus menguasai Selangor (rajah di bawah)

Penurunan Mendadak Bagi BN Selangor. (-12%)
Kenaikan Mendadak Bagi Pakatam (+12%)
Tidak Pasti Kekal 34%

Bila kita meneliti rajah berkaitan kepercayaan kepada lapuran media massa mengenai kelemahan pentadbiran Pakatam di Selangor ianya menaik sebanyak 5% tetapi peratusan juga menaik bagi yang tak mempercayainya sebanyak 4%. .Ini bermakna 9% berjaya dipengaruhi oleh media massa. Perbezaan 1% di antara percaya (5%) dan tak percaya (4%) memberikan satu amaran kepada grup-grup siber dan bloger pro UMNO?BN di Selangor bahawa mereka perlu mencari di mana kelemahan mereka sebanyak 1% itu. Nampaknya Pakatam di Selangor melakukan kerja-kerja yang tak nampak bagi meningkatkan kepercayaan.

Pilihanraya kampus yang rancak berjalan sekarang menyaksikan mahasiswa/i menolak gagasan dan campurtangan Pakatam di dalam kampus. Adiwira jalanan produk Pakatam gagal menyerlah malah kecundang. Faktor ini tidak termasuk dalam kajiselidik tersebut kerana berlaku selepas 16hb September 2012. 

Begitu juga isu-isu pendedahan penyelewengan dan pembohongan mengenai pembelian lori kompektor sampah dan bas mewah untuk kempen DS Anwar Aib Braheem. Nampaknya siri jelajah Anwar Aib Braheem serta beberapa pemimpin UMNO di Sabah keluar parti memberikan sedikit impak kepada kenaikan dalam kepercayaan kepada Pakatam. 

Diharapkan semua jentera BN Selangor mengambil serius dan memantapkan lagi gerak kerja untuk memastikan jaminan kemenangan BN Selangor terus mantap dan terjamin pada setiap masa. 

Satu petua ialah kurangkan budu dalam makanan.

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...