Jumaat, 17 Ogos 2012

KENAPA TANAH KHSB BERNILAI RM 250 JUTA DI RAMPAS BEGITU SAJA?

BN Selangor melalui Mat Zin Badak telah menimbulkan kesangsian kepada pentadbiran Pakatam Jahanam yang di dakwa telah menyebabkan KHSB kehilangan hartanah bernilai RM250 juta. Mungkin ramai tertanya-tanya apakah entiti yang berakronim KHSB dan bilakah ditubuhkan? Apakah matlamat penubuhan? Berapakah aset yang dimiliki oleh nya? Apakah projek yang melibatkan KHSB?

Menurut BN Selangor, pentadbiran Pakatam Jahanam telah merampas tanah milik KHSB bernilai RM250 juta kerana kegiatan melombong secara haram. Perlombongan galian jenis apa dan siapakah yang menggendalikan opersi tersebut tidak pula didedahkan. 

KHSB akronim kepada Kumpulan Hartanah Selangor Berhad. Ditubuhkan pada 24hb September 2001 semasa pentadbiran Khir Toyo. Disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 22hb Julai 2003. Satu kejayaan yang cemerlang bagi pentabiran BN di bawah Khir Toyo dalam usaha memajukan ekonomi Selangor dan menambahkan sumber pendapatan kepada negeri Selangor. KHSB mempunyai modal saham berbayar berjumlah RM450 juta. 

KHSB adalah entiti pelaburan hartanah bagi KDEB. Salah satu subsidiari KHSB ialah CSSB (Central Spectrum (M) Sdn Bhd, yang kini sedang memajukan Halal-Hub di Pulau Indah. Antara projek pembangunan hartanah lain ialah projek pembangunan berjumlah RM8 bilion  (GDV-Anggaran Kasar Pembangunan) di atas tanah seluas 2013.72 hektar. Satu MoU sudah ditandatangani dengan Lohas Group Limited (Sun Lohas) lihat Harian Metro 18hb Mei 2012.  Sun Lohas ialah sebuah syarikat berpengkalan di Hong Kong. Pembangunan tersebut diberikan nama 'Sun Lohas City'. Waduh pakk !!!!! Tanah milik rakyat Selangor tapi diberikan nama sempena syarikat Hong Kong ! Jauh lari dari matlamat dan visi asal penubuhan KHSB.

Dalam Lapuran Tahunan KHSB bagi tahun kewangan berakhir pada 31hb Disember 2011, Pengerusinya mengakui keuntungan KHSB berdasarkan kepada penjualan tanah dan pembangunan tanah oleh subsidiarinya CSSB yang merupakan penyumbang utama kepada KHSB. Malah, KHSB mencatat penurunan keuntungan sebanyak 19% ! Pada tahun 2010 KHSB mencatat kerugian sejumlah RM35.1 juta. 

                                      31 Dis 2011                31 Dis 2010
Pendapatan ------------ RM 169.7 juta             209.9  juta
Kerugian --------------- RM  29.6 juta                 35.1 juta   


Apabila didedahkan mengenai rampasan tanah KHSB bernilai RM250 juta kerana kegiatan perlombongan secara haram setelah berjalan selama setahun sudah tentu ianya mendatangkan keanihan kepada kita. 

Ke mana pergi keuntungan dari kegiatan perlombongan tersebut? Dan kenapa Pengerusi KHSB senyap sunyi mengenai rampasan tersebut? Ianya melibatkan tanah bernilai RM250 juta. 

Malah memetik sumber Lapuran Tahunan KHSB 2011, nilai aset bersih per saham sejak 2007 merundum dari 1.10 menjadi 0.80 pada tahun 2011. 

Begitu hebat Penasihat Ekonomi Selangor berbayar RM1.00 dan Menteri Besar Selangor selaku taikun korporat sampaikan sebuah GLC milik KDEB merundum jatuh nilai aset bersih per sahamnya sejak 2007. 
Pada masa pentadbiran BN Selangor, ianya bernilai 1.10 tetapi selepas Pakatam Jahanam ambilalih ianya terus jatuh 0,93 (2008) , 0.98 (2009)., 0.88 (2010) dan 0.80 (2011). 

Apa dah jadi nie ? Pakatam Jahanam berjanji macam-macam percuma sampaikan UNISEL pun kerugian teruk. 

Patutlah beriya benar Pakatam Jahanam nak jahanamkan projek LANGAT 2 memandangkan KDEB pun nampaknya tak mampu lagi menanggung bermacam-macam penurunan daripada entiti-entiti pelaburan di bawahnya seperti KHSB. 

No wonder lah banyak janji-janji Pakatam Jahanam tak tertunai kerana sumber-sumber pendapatan GLC merundum teruk di bawah urus tadbir Pakatam Jahanam. Sah lah Pakatam Jahanam jika menguasai Putrajaya akan jahanam lah terus ekonomi negara. 

Cukup bahaya pepuak Pakatam Jahanam ini merompak dan menghancurkan ekonomi negeri Selangor. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...