Rabu, 1 Ogos 2012

HAMBA NAK BODEK RAIS YATIM ... JANGAN MARAH.



Tak salah apa nak bodek Rais Yatim. Lagipun bukan Rais Yatim je Hamba bodek, Ramai lagi hamba bodek termasuklah arwah mak bapak hamba dulu. Hamba bukan sindir atau perli atau kias. Ini betul-betul Hamba nak bodek Rais Yatim. Hatta Rais Yatim tak kenal pun Hamba siapa. Tolong jangan kaitkan Fi'il Bodek Hamba ni dengan UMNO. Tidak ada kena mengena dengan UMNO pun. 

Ni fiil bodek Hamba dapat masa lahir lagi. Keluar je dari perot arwah mak Hamba dulu (Al-Fatihah untuk roh mak hamba) Hamba dah pandai bodek. Kemudian bila dah pandai merangkak, Hamba masih kuat membodek agar orang tolong dukung. Penat siot nak merangkak. 

Bila dah tau berjalan, Hamba masih membodek jugak. Ya la mana larat nak imbang badan kena bodek lah orang keliling tolong pimpin tangan ciom-ciom pipi. Kiut gituk ! Nak plak akak jiran sebelah rumah dulu. Lawa siot. Tu la pasal Hamba bodek akak tu pimpin tangan. Perghhhhh ... rasa bahgia kekal dalam hati brader. 

Hamba menjadi semakin pandai membodek bila mulut dah pandai bercakap. Fuuhhh .. macam-macam lah puji-puji kiut Hamba buat kat orang dewasa. Semuanya tersenyum dan hulur RM1 ! Poket penuh duit masa tu. Kalau yang akak-akak pulak jenuh pipi kena ciom ( takde plak masa tu ajak cemolot .. ahaks - kalu tak lagi Bahgie ).

Masa bersekolah lagi lah plak. Hamba dapati skil membodek sejak dari bayi sungguh berkesan untuk mendapat perhatian dan kasih sayang guru dan kawan-kawan. Syok membodek kat sekolah. Jumpa guru perempuan, tolong angkat bukulah dan macam-macam lagi. Duit bekal memang tak habis sebab cikgu yang suka kena bodek dok belanja setiap hari di kantin. Makcik kantin pun Hamba bodek, Nak hidup lah katakan. Pendekata setiap tahun nombor satu dalam kelas dalam tangan brader ! sentiasa dapat markah penuh. 

Masuk je IPTA sekali lagi Hamba dapati membodek merupakan kunci kejayaan. Apalagi, Hamba dok bodek pensyarah, Ketua Dekan, Ketua Pak Gad, Residen Kolej Kediaman, jurulatih kokurikulum. Perghhh semua makan bodek wa cakap sama lu. 

Jadikan, yang korang sibuk buat andaian Rais Yatim nak bodek DS Najib pehal ? Macamlah korang tak pernah bodek sesiapa.


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...