Rabu, 1 Ogos 2012

AHLI DAP CALUN PKR & AHLI PAS CALUN DAP. OK TAK ?

Jangan terkejut.  Inilah yang bakal berlaku nanti semasa penamaan calon PRU 13. Perkara ini pernah di uji semasa PRU 12 lalu. YB Zulkifli adalah contohnya. Beliau adalah ahli PAS dan bukan ahli PKR tetapi bertanding di atas tiket PKR. Cuma YB Zulkifli sahaja belum menerangkan dengan jelas apakah strategi PKR dan PAS pada masa itu. 

Sebelum ini didedahkan bagaimana DAP bakal bertanding hampir 90 buah kerusi bagi pihak Pakatam. Pengagihan kerusi mudah sahaja. Untuk mengelirukan dan mengaburi para totoks dan pentaksub di dalam semua parti di dalam Pakatam, PKR kekurangan calun-calun yang berkaliber dan berwibawa. Calun yang menang pada PRU 12 kira boleh pakai lah balik pada PRU 13. Tapi tidak semua. 

Bagi membolehkan DAP mendominasi Pakatam dan memerintah Malaysia secara tidak langsung strategi ahli DAP jadi calun PKR adalah terbaik. Pengundi tak tengok dah keahlian calon. Apa yang penting ialah lambang parti calon tersebut bertanding. 

Anwar Ibrahim tak peduli apa-apa dah asalkan beliau mampu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau yang mengamalkan Machiavelli  memperkirakan bahawa kekayaan menimbun mampu mengalahkan dan mengekang DAP. Bukan susah pun Anwar Ibrahim nak telan DAP. Kalau setakat Dr Chan Man Heng dan Kit Siang apalah sangat pun. 

PAS pada Anwar Ibrahim hanya setakat celah gigi sahaja. Pak lebai PAS semua mata duitan belaka. Hulur sahaja sedikit kekayaan diamlah semua lebai PAS. Mat Syabu pun boleh menjadi Timbalan Presiden PAS menggantikan Nasaruddin, apa ada hal pun? Mat Syabu adalah lemah dan bersendirian. Amat mudah diperkudakan dan diperalatkan oleh Anwar Ibrahim. 

Pakatam memang memfokuskan semua kekuatan pada satu titik kelemahan di dalam Barisan Nasional. Apa Anwar Ibrahim nak risaukan pun? Semua rahsia strategi dan helah UMNO dalam poket Anwar Ibrahim. Pengundi India pun takda masaalah buat Anwar Ibrahim. 

Anwar Ibrahim memang mengharapkan agar PRU 13 ni diadakan selepas Aidilfitri. Beliau telah menyusun strategem untuk menunjukkan kelemahan. Mengujudkan suasana seolah-olah PKR takde calun. PKR lemah.  Anwar Ibrahim memang kaki tumpang kekuatan. Pada masa ini kekuatan itu ada pada DAP. 

Bagi menghancurkan DAP adalah perkara enteng buat Anwar Ibrahim. Pemberontakan dalaman DAP bakal dicetuskan oleh Anwar Ibrahim melalui agen-agennya. Anwar Ibrahim terbukti mampu memecahbelahkan UMNO suatu masa dulu. Pengalaman itu akan digunakan oleh Anwar Ibrahim terhadap DAP dan PAS bila tiba masanya nanti. 

Jangan fikir Anwar Ibrahim hendak membenarkan dirinya diperkotak-katikkan oleh DAP dan PAS. Dr Chan Man Hing dan Kit Siang hanya mampu bersorak sahaja. Dulu Anwar Ibrahim membela Vincent Tan, Nallakaruppan dan ramai lagi bilionir Malaysia. Dr Chan Man Hing dan Kit Siang ada kekuatan apa? 

Anwar Ibrahim ni egonya besar dan kuat. Mana boleh dia jadi kuli dan kuda tunggangan. Korang nak kutuk dan cela beliau yang pernah berkata sanggup jadi kuda tunggangan DAP tak kan memberi kesan kepada Anwar Ibrahim pun. 

Dr Chan Man Heng dan Kit Siang menyedari hal ini, Tapi apa yang mereka berdua mampu lakukan pun? Semuanya lakunan sahaja. Pada akhirnya, semua sekta di dalam Pakatam akan tunduk patuh kepada kehendak Anwar Ibrahim. 

Sekarang ini terpulang kepada semua rakyat Malaysia samada mahu menerima Anwar Ibrahim seorang yang terkenal sifat pendendam, kuat menipu, tikam belakang kawan-kawan, manipulatif dan egoistik sebagai Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim tidak akan berkongsi sesen pun kekayaan beliau yang kini berjumlah hampir USD 1 trillion dengan DAP dan PAS sebaliknya Anwar Ibrahim akan melakukan tipu helah supaya DAP dan PAS kehabisan wang dan sumber untuk PRU 13 nanti. Masa tu baru lah DAP dan PAS tahu tinggi ke rendah langit ini. 

DAP dan PAS nak ugut Anwar Ibrahim dengan pendedahan-pendedahan skandal seksual? Jangan buat lawaklah. Anwar Ibrahim mana makan saman pun. Anwar Ibrahim sudah kebal dan lali dengan semuanya itu. 

Jangan benarkan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri tapi biarkan beliau menikam DAP dan PAS dari belakang. 

DAP MUSUH ISLAM & MELAYU 
PKR KAKI PENIPU
PAS JUAL HUDUD, ISLAM & MELAYU 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...