Isnin, 16 Julai 2012

KLISE HIMPUNAN HIJAU & OREN YANG MENGAIBKAN PAKATAM SELURUH NEGARA.

Klise Himpunan .. macam-macam kaler dah. dari Hijau ke Oren ... tapi balik-balik kaler yang sama ... Hijau dan Oren.. lepas Hijau ... Oren ... lepas Oren .. Hijau ... Itulah peranan puak lebai jadian PAS dalam Pakatam dan sumbangan 'beso' dalam so-called 'Perjuangan Islam' ... lepas Himpun ... ceramah ... kutuk sana ... kutuk sini .... Bila habis modal ... mula lah cerca DS Rosmah tak tutup aurat. Bila di tegur ... mula lah puak Lebai Jadian berceramah mengenai betapa 'Hudud Tak Dilaksanakan' .. bila kena sergah dek Karpal Singh .. sanggup cabar orang Islam lain yang hentam Karpal Singh untuk 'Langkah Mayat Lebai Jadian PAS Dulu'. Akibat dari pencemaran pemikiran dalam otak Kapla Lumbu Hitam Legam Pekat Zulmat.

Nak bagi power Himpunan ... jemput mana-mana bekas pemimpin lama yang masih bernostalgia mengenai masa lampau mereka. Sedarlah, zamannya sudah berlalu pergi.Klise Himpunan cuma  nak bagi nampak kononnya sokongan kuat. Ramai datang. Ramai sokong. Ya la tu. Balik-balik muka yang sama. Grup yang sama. Malah nombor plat bas yang sama. Yang berbeza ialah lokasi berhimpun. Klisenya nak tunjuk Kuat. Kalau nak tunjuk Kuat kepada musuh-musuh ok lah jugak. Tapi nak tunjuk Lagak dan Kuat Sesama Sendiri. Sungguh merugikan ! Sungguh mengaibkan ! Duit beratus ribu habis cuma nak tunjuk Hero Sesama Sendiri. Kalaulah duit itu dibelanjakan untuk Memperkuatkan Sesama Sendiri Itu Lagi Bagus!


Matlamat dan tujuan Himpunan itupun dah salah dan silap. Banyak lagi sebab-sebab utama untuk membuat Himpunan. Biarlah matlamat dan tujuan itu membawa kepada kesepakatan dan perpaduan bagi manafaat umum. Bukannya untuk cari populariti dan mencari gaduh sesama sendiri. Untuk apa memalukan diri sendiri dan kelompok sendiri di mata dunia? Tak malu ke bila media asing melaporkan sekian sekian ramai orang berhimpun untuk tumbangkan bangsa sendiri yang seagama???!!! Kalau sedikit pun tak ada perasaan malu .. elok rujuk balik hadis yang berbunyi bahawa Malu Itu sebahagian dari Iman. Kemudian semak sendiri. Tak sedar juga.. itu petanda dan alamat nak jadi pengkhianat kepada agama. eloklah cepat-cepat istighfar dan bertaubat serta kembali kepada memegang kukuh Tali yang disebutkan Allah Ta'ala dan Rasul Nya. 


Teramat rugi kepada agama, bangsa dan negara jika sesama sendiri bergadoh. Bak kata pepatah orangtua Bani Jawi dulu .. 'Gajah Berperang, Kancil Mati Tengah-tengah' tak sempat kancil nak jadi Mercedez Benz. Kan rugi. kalau bergaduh sesama sendiri jadi binasa sesama sendiri, Yang menang kena kutuk  ...  yang kalah pun kena kutuk dek generasi terkemudian. 


Lebih baik kita meredakan dan merelakan keadaan dan terima lah takdir Allah Ta'ala siapa yang menjadi pemimpin di antara kita. Tak perlulah kita nak berlumba-lumba dan bersaing sesama sendiri mencari pengaruh di kalangan sendiri semata-mata terliur sangat nak duduk di kerusi empuk di Putrajaya. 


Siapa yang dah lama sangat berada di takhta kekuasaan, silalah berundur dan beri peluang bakat-bakat baru memimpin. Tapi jangan lah kita membuang pemimpin yang sudah ditakdirkan Allah Ta'ala menjadi pemimpin. Terima saja baik dan buruknya. Baiknya kita terima ... buruknya kita sama tegur cara beradab ..bukan dengan memaki hamun. Tapi janganlah naikkan pemimpin yang ada keraguan besar pasal nilai dan amalan moralnya.

Bukan susah pun nak buat begitu. Nawaitu itu diperbetulkan. Cukuplah ... menyingkap kain sesama sendiri, Duk telek-telek seluar dalam siapa yang lebih banyak lobang. Perbuatan itu sia-sia sahaja. Lebih baik pergi supermarket belikan spender baru dan hadiahkan kepada orang yang kita fikir seluar dalamnya berlobang. Takpun sendiri beli .. sendiri pakai. Itu lagi baik. Untuk mencapai ke tahap itu ... kita kenalah selalu berasa MALU KEPADA ANAK CUCU.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...