1 MALAYSIA 1 SUARA 1 MATLAMAT !
SAYANGI SELANGOR YAKINI BN !
JADIKAN HARI ESUK LEBIH BAIK DARI HARI INI !
SHAH ALAM: Noh Omar telah berulangkali mencabar Pakatam Selangor agar menghukum kroni dan nepostis mereka yang berada di dalam lingkaran pentadbiran Pakatam Papantanda di Selangor. Penglibatan kroni dan nepotis Pakatam Papantanda di Selangor bukanlah sesuatu yang misterius malah diketahui umum. Pendirian Ambiga yang mendesak agar Pakatam memaafkan rasuah kecil adalah pembuka jalan kepada kepada menghalalkan amalan rasuah, kronisma dan nepotisma yang sudah lama berakar umbi di dalam Pakatam. Azmin Ali menutup suara-suara bangkangan dalaman akar umbi PKR Pakatam dengan seruan palsu meminta ahli-ahli PKR Pakatam menolak Budaya Nepotisma berbentuk Politik Dinastik yang amat jelas kelihatan dalam gandingan Anwar Ibrahim anak beranak, Lim Kit Siang anak beranak dalam DAP, Karpal Singh anak beranak dalam DAP dan Nik Aziz sekeluarga di dalam PAS.
PKR Pakatam Papantanda dikuasai oleh Khalid G sebagai boneka kepada Politik Dinastik di dalam PKR dan DAP Pakatam. Disebabkan itu Khalid G juga mengamalkan dan mendirikan Dinstinya sendiri melalui penguasaan Menteri Besar Incorporaated (MBI) yang telah disalahgunakan olehnya.Kesemuanya ini memerlukan kepada kepala-kepala Politik Dinastik mengumpul dana yang besar. Cara yang paling mudah untuk mengumpulkan dana besar ialah melakukan rasuah dan penyelewengan kuasa.Bagi menutup kejahatan-kejahatan yang dilakukan tersebut jenama RAKYAT di jual dan UMNO dipersalahkan.
SELCAT digunakan sebagai badan yang menghalalkan segala amalan rasuah, penyelewengan kuasa, amalan kronisma dan nepotisma yang menjadi tulang belakang kepada kekuasaan Politik Dinasti Pakatam. Amat mudah Khalid G melakukan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa melalui amalan kronisma dan nepotisma di dalam MENTERI BESAR INCORPORATED.
Bajet Negeri Selangor sejak 4 tahun lalu tidak memberikan sedikit manafaat pun kepada rakyat jelata Selangor secara keseluruhan. Geran SelangorKu RM350 juta di lihat lebih memberikan manafaat kepada kroni dan nepotis pemimpin Pakatam. Penabungan RM1.3 bilion dalam aliran wang tunai perbendaharaan Selangor disebabkan oleh wang-wang yang tidak digunakan langsung bagi memperbaiki kemudahan infrastruktur termasuk jalan dan menaiktarafkan sistem perlupusan sampah pepejal dan membaikpulih sungai-sungai tercemar di Selangor.
Ketelusan, kredibiliti dan Akauntabiliti yang dilaungkan oleh Pakatam adalah pakaian samaran kepada amalan rasuah, nepotisma dan kronisma bagi memperkasakan Politik Dinasti di dalam Pakatam. Kesemua janji-janji Pakatam Papantanda hanya ditunaikan di papantanda papantanda gergasi di seluruh Selangor.
Dalam isu krisis air pula Pakatam lebih selesa membiarkan dan mendedahkan rakyat Selangor kepada ancaman dan bahaya catuan air yang akan berlaku tidak lama lagi, SYABAS akan dikambinghitamkan oleh Pakatam. Peduli apa Pakatam jika rakyat Selangor terlepas 126,000 peluang pekerjaan dan kantung perbendaharaan negeri alami defisit pelaburan sejumlah RM3.8 bilion kerana 126 buah kilang tidak dapat dibekalkan air bersih kerana rizab air bersih berada di paras paling kritikal (2.4%) kerana PAKATAM enggan meneruskan kelulusan bagi projek LANGAT 2 yang mampu menyelamatkan Selangor dari krisis air dan catuan air.
Akal waras dan rasional serta nilai-nilai kemanusiaan mengatakan kepada suara nurani hati kita agar menolak Pakatam demi masa depan yang lebih terjamin.
TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU
1 ulasan:
pakatan yg wajib ditolak
Catat Ulasan