SHAH ALAM: Rentetan dari Forum Air ternyata apa yang dibimbangkan benar-benar akan berlaku. Rakyat Selangor perlulah bersiap sedia untuk merasai nikmat air di catu tidak lama lagi. Pakatam Papantanda tetap dengan kedegilan mereka mahu mempolitikkan terus menerus isu krisis air tanpa sebarang penyelesaian positif.
Keuntungan yang bakal diperolehi dari penstrukturan konsesi air menjadi keutamaan Pakatam. Tanpa penstrukturan konsesi air Pakatam tidak akan mampu lagi menampung subsidi air kerana hutang kepada SYABAS semakin bertambah. Apa yang dikesali ialah sikap tamak Pakatam dan sikap pentingkan diri sendiri Pakatam demi kelangsungan kuasa politik mereka,
Pakatam mampu meneruskan projek LANGAT 2 yang sudah hampir siap berbanding dengan penstrukturan konsesi air yang memerlukan masa yang lama bagi merealisasikannya. Kemungkinan besar rakyat Selangor hidup dalam catuan air selama bertahun-tahun sehingga selesai penstrukturan semula konsesi air yang hanya menguntungkan kroni dan pemimpin Pakatam sahaja. Dalam masa yang sama akan lebih banyak kelulusan kilang akan tertangguh. Pada masa sekarang kerana rizab air bersih berada pada paras begitu kritikal (2.4.%) 126 kilang tertangguh perlaksanaannya walaupun telah diluluskan.
Selangor kehilangan pelaburan sejumlah RM3.8 bilion dan rakyat Selangor kehilangan 126,000 peluang pekerjaan. Projek perumahan terbaru pula terbengkalai. Kesemuanya ini tidak diberikan perhatian serius oleh Pakatam yang kini bertindak sebagai sebuah badan korporat melalui Menteri Besar Incorporated. Sebaliknya Pakatam lebih suka mempaparkan gambar satu dari tujuh empangan yang sedia ada melimpah ruah dengan air mentah yang mempuyai indeks pencemaran yang amat tinggi.
Tiada pula di sentuh mengenai kapasiti loji-loji rawatan air bersih yang sedia ada di Selangor di mana loji-loji tersebut kini menghadapi pelbagai masaalah teknikal akibat air mentah yang dibekalkan dan di jual kepada pemegang konsesi mempunyai indeks pencemaran yang begitu tinggi. Inilah merupakan salah satu punca kenapa rizab air bersih Selangor berada di paras kritikal 2.4%.
Krisis air Selangor bukan berkisar kepada kapasiti tujuh empangan yang sedia ada sebaliknya berkisar kepada kualiti air mentah Selangor. Tahap pencemaran sumber air mentah di Selangor semakin hari semakin meningkat. Punca lain pula ialah kerana Pakatam dah tak larat menanggung bebanan subsisdi air.
Pakatam wajar meneruskan LANGAT 2 secepat mungkin kerana jika berlaku sebarang bencana alam yang tak di duga rakyat Selangor akan berhadapan dengan masaalah bekalan air kotor dan tercemar selama berpuluh-puluh tahun sepertimana yang berlaku di Kelantan.
TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU
1 ulasan:
mampukah air dibekal kepada projek perumahan yg tengah giat sekarang? dan mampukah sektor perkilangan yg ada sekarang memberikan peluang
pekerjaan kepada rakyat selangor?
sedangkan ribuan malah puluhan ribu warga lepasan persekolahan..pengajian universiti,kolej dan pusat kemahiran menagih peluang pekerjaan setiap tahun dan kediaman,kaw baru perumahan diwujudkan sentiasa cuba memenuhi permintaan.
punca hanya kerna "AIR"....
terpikirkah kita malapetaka ekonomi domestik dan kemanuasian
boleh berlaku?
Catat Ulasan