Selasa, 1 Mei 2012

AZMIN ALI PERLU PERINCIKAN LAGI PENAFIANNYA MENGENAI GAMBAR TIUPKERJA.


KUALA LUMPUR 1 Mei - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali hari ini menafikan sekeras-kerasnya telah melanggan seks sepertimana yang tertera pada gambar yang telah disebarkan beberapa Blog Pro Kerajaan sejak semalam. Sambil mengecam tindakan tersebut, Ahli Parlimen Gombak itu juga menganggap ianya merupakan taktik jahat yang direka dengan cara memfitnah beliau menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Beliau juga menegaskan tindakan tersebut merupakan susulan terhadap serangan Video Seks yang mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

"Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai Umno yang memetik sumber blog Pro UMNO. Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita dalam tandas. Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Beberapa keping gambar telah disebarkan beberapa Blog Politik yang mengaitkan Azmin Ali bersama seorang wanita yang tidak dikenali. ~ sumber KLPOS.

Penafian Azmin Ali sudah dijangkakan dari awal. Hamba pelik gak bila Azmin Ali menggunakan istilah ' melanggani seks' 'fitnah susulan' 'fitnah jelek' 'fitnah guna modus operandi yang sama' . Kita hanya mendapat sebuah kenyataan berbentuk penafian yang agak umum dan tidak begitu jelas maksudnya. Hamba sendiri tidak begitu faham dengan maksud Azmin Ali. nampaknya Azmin Ali mempunyai maklumat-maklumat yang boleh mengesahkan semua maksudnya. Mohonlah Azmin Ali berkongsi maklumat tersebut dengan umum agar ianya menjadi lebih jelas dan terang dan tidak samar-samar seperti sekarang


TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebagai umat islam dan rakyat Malaysia Azmin spatutnya mengambil tindakan berikut :-
1. saman semua bloger yang menyiarkan gambar fitnah tersebut.
2. cabar semua bloger agar bersumpah laknat dengan bersaksikan kesucian al-quran (aku ada baca kisah sumpah laknat dalam majalah al-hidayah keluaran bulan mei - kalau kau orang berminat bolih lah beli sekarang, banyak juga hadis yang bolih menjadi sumber rujukan dalam majalah tersebut).
buktikan anda adalah seorang lelaki bermaruah, benar dan tidak dayus.
pepatah melayu berkata kalau takut bermain ombak jangan jadi nelayan di laut dalam.
takut kerana salah berani kerana benar. takut tersalah mati menjadi nanar.

Tanpa Nama berkata...

Manalah assmin brani nak saman, diakan sama baculnya cam anugay. Bila tersebar skandal bini dia pun dia membisu dengan harapan orang ramai akan lupakan isu itu. Min.....min....kau ni buruk betul perangai. Derhaka pulak tu dengan ibu sendiri . Kena sumpah jadi peti ais baru kau tau.

Tanpa Nama berkata...

Eh, bab saman tu aku setuju la gak. Jangan saman je, buat laporan polis terus untuk bersihkan nama. Tapi bab sumpah laknat tu, jangan la blogger2 pulak yang kena bersumpah.
Biar polis siasat siapa hero penyebaran foto-foto tu dulu. Nak kata papagomo, bukan dia yang mulakan sebab gambar tu pun didapati dari satu blog sejak bulan Disember lepas lagi.

Dah kenalpasti siapa empunya blog, suruh dia bersumpah bersama ASSMIN, bersumpah atas nama Allah, jika tidak benar laknat kepada sesiapa yang menipu. Baru betul bro......

Tapi macam biasa la, penganut Fuckatan ni bile sebut sumpah laknat, mereka kata tu ajaran UMNO. Tapi mereka gak lupa yang pemimpin mereka sendiri suruh bersumpah laknat jika ada yang didakwa. Lihat sini, puak mana yang ucap tu....?????

http://www.sinarharian.com.my/politik/isu-p-pas-pas-mahu-mb-sumpah-laknat-1.39575

Tanpa Nama berkata...

Tak mau aku guna peti sejuk derhaka tu.... bau busuk sayur, daging, buah-buahan nanti....

Tanpa Nama berkata...

Ha.Ha ...pas pun percaya sumpah laknat. Pelik tu...video besi la bro, mana boleh jadi bukti....itu wajib kita percaya..tak cium bau syurga...ha ha

Tanpa Nama berkata...

SUMPAH LAKNAT ADA BERANI KA???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...