Ahad, 27 Mei 2012

10 KEMALANGAN PALING NGETOP DALAM PERLUMBAAN DRAGSTER DI DUNIA.


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabeery Chik petang tadi berada di Hospital Putrajaya untuk melawat mangsa dan keluarga akibat kemalangan pertunjukan perlumbaan drag, sempena Hari Jutaan Belia 2012 disini, malam tadi.

Sebelum itu, seramai 17 penonton perlumbaan mengalami kecederaan termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut itu.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.


Salah seorang mangsa, Ami bin Nakim, 26, berasal dari Bahau, Negeri Sembilan, mengalami patah kedua-dua kakinya sementara adiknya yang turut sama menyaksikan perlumbaan drag tersebut, hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam kemalangan itu dan menganggapnya sebagai perkara biasa terjadi dalam sukan permotoran.


Shaari bin Ujang, 59, Felda Bukit Rokan dan bapa kepada Mohd Iskandar Rashiq, 20, salah seorang mangsa kemalangan memberitahu wartawan anaknya mengalami kecederaan parah di kaki dan kepala, masih lagi menjalani rawatan.


Hamidah binti Zainal Abidin 51, Cheras, ibu kepada Fairus bin Jalaluddin, 27, turut mengesahkan anaknya terlibat dalam kemalangan malam tadi. Anak beliau kini berada di wad pembedahan dan mengalami kecederaan limpa pecah dan luka di hati.

Kesemua keluarga mangsa yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana mana pihak dalam kejadian tersebut. Di petik dari sumber PAPAGOMO .


JS: Kemalangan berlaku dalam bidang sukan. Kadangkala melibatkan penonton. Ianya adalah suatu kejadian yang tidak diingini dan tidak dapat dielakkan sepenuhnya walaupun segala langkah keselamatan telah dilakukan. Dalam hal kemalangan yang berlaku dalam sukan dragsters ianya bukan sesuatu yang di luar  dugaan dan hanya berlaku semasa HBN 2012 sahaja (Sebelum ini tiada kemalangan berlaku dalam perlumbaan dragster di HBN). Kita amat bersimpati dengan mangsa-mangsa kejadian dan kepada keluarga mereka. Hamba yakin dan percaya kebajikan mereka tidak akan terabai kerana kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab. Di bawah ini adalah klip video yang mempaparkan 10 kemalangan ngetop yang selalu berlaku dalam sukan dragsters di dunia (pemandu berpengalaman pun alami kemalangan) Jadi jangan salahkan sesiapa pun. Ianya adalah sebuah kemalangan yang tidak diingin oleh mana-mana pihak. Sebaliknya kita patut bersyukur kerana setakat ini tiada kematian dan para mangsa diberikan rawatan rapi serta penganjur tidak lepas tangan seperti penganjur BUSUK 3.0


JADIKAN HARI ESUK LEBIH BAIK DARI HARI INI 

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...