Rabu, 4 April 2012

KERAJAAN DRAKULA PKR NAIKKAN SEWA 300% LEBIH TINGGI DARI 10 SEN RON 97.


Ok lah. RON 97 naik 10 sen menjadi RM2.90. RON 95 dan disel masih kekal pada harga bersubsidi di mana RON95 pada harga RM1.90. Ini bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang menggunakan RON95. RON97 naik juga lah cuma ianya jenis petrol yang digunakan oleh kereta mewah macam MB Selangor dan EXCO Selangor. Oleh kerana untuk menampung kenaikan 10sen tersebut, PKR terlebih dahulu menaikkan kadar sewa 300% ke atas belia negeri Selangor. Hebat kan PKR? 
Tindakan anak syarikat kerajaan negeri, MSNS Holdings Sdn. Bhd. mahu menaikkan kadar sewa pejabat yang diduduki oleh Majlis Belia Selangor (MBS) di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seksyen 7, Shah Alam dekat di sini sehingga 300 peratus menunjukkan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semakin rakus dan mementingkan wang semata-mata. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan itu menunjukkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini sebenarnya gagal membela nasib golongan belia sebagaimana yang dijanjikan dalam kempen pilihan raya.Malah katanya, kerajaan negeri terus memberikan tekanan kepada MBS yang merupakan pertubuhan induk belia di negeri ini dengan mewujudkan majlis belia berasingan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).-Utusan
Kalau lintah cuma hisap darah kotor sedikit tanpa memudaratkan nyawa manusia. Malah lintah digunakan dalam bidang perubatan bagi merawat manusia sakit. Drakula menghisap darah manusia sampai mati manusia. apa pun tak boleh. Jom kita dengar apakata Noh Omar mengenainya:-


TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...