Rabu, 4 April 2012

KERAJAAN PKR SELANGOR KERAJAAN DRAKULA PENGHISAP DARAH BELIA SELANGOR.

BELIA SELANGOR MENJADI MANGSA DRAKULA PKR SELANGOR.




KENYATAAN MEDIA

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2012 bertemakan Selangorku: “Hasil Negeri Untuk Rakyat” telah memperuntukkan RM87.5 juta untuk pembangunan belia di negeri ini.

Pecahan peruntukan itu adalah seperti berikut:

Program latihan belia - RM3.5 juta

Program keusahawanan muda - RM50 juta

Pembangunan sukan - RM4 juta

Penyediaan infrastruktur sukan - RM30 juta

Jumlah - RM87.5 juta


Agak menghairankan apabila pada satu majlis baru-baru ini, beliau mengatakan jumlah peruntukan kepada belia ialah sebanyak RM67.5 juta sahaja. Menjadi persoalan apabila bajet yang dinyatakan itu tidak sama seperti ketika beliau membentangkan bajet 2012. Ke mana menghilangnya lagi RM20 juta? Jika dalam Bajet 2012, peruntukan di bawah program keusahawanan muda sebanyak RM50 juta tetapi dalam kenyataan baru-baru ini telah meyusut kepada RM30 juta sahaja.

Justeru, Majlis Belia Selangor (MBS) mahu Kerajaan Negeri membuktikan ketelusan dengan menyenaraikan jumlah penerima, jenis perniagaan yang dijalankan dan jumlah pengagihan geran Program Keusahawanan Muda yang sudah dibelanjakan di bawah Geran Selangorku sehingga kini. Kejayaan yang dicapai setakat ini juga perlu dinyatakan program tersebut sangat penting dalam memberi impak ekonomi di negeri ini.

Ini kerana sejak permulaan Program Keusahawanan Muda ini, MBS tidak pernah diberi peluang dan ruang untuk terlibat secara langsung apatah lagi persatuan-persatuan belia di bawah payung MBS yang mempunyai keahlian melebihi 400,000 ahli belia.

Sebagai sebuah organisasi yang memayungi banyak persatuan belia, MBS sepatutnya diberi hak tersebut untuk sama-sama melahirkan belia yang berdaya saing dalam ekonomi namun telah diketepikan atau dengan kata lain, dianak tirikan oleh kerajaan negeri.

Pada masa yang sama, MBS juga membantah keras kenaikan sewa tapak-tapak penjaja pasar pagi, pasar malam dan gerai di bawah pengelolaan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang membantutkan usaha menaikkan lagi ekonomi peniaga-peniaga kecil di negeri ini.

Janji kerajaan negeri untuk “memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama” hanya tinggal janji. Jika dilaksanakan sekalipun, hanya pada dua tahun pertama kerana selepas itu golongan peniaga kecil khususnya usahawan muda telah dipinggirkan.

MBS juga mahu kerajaan negeri melaksanakan janji-janji yang pernah dilaungkan pada pilihan raya umum yang lalu tetapi masih belum Berjaya direalisasikan:

Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor

Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nursery

Memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama

Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah

Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti

Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor

Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga

Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia

Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda

MBS mewakili seluruh golongan belia di negeri ini mahu kerajaan negeri telus dan bukan sekadar retorik dalam melaksanakan konsep Negeri Berkebajikan. Jika golongan muda terus diabaikan, jangan harap kami akan memberi undi pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Cukup lah sekali kami dipermainkan serta diperbodohkan dengan pelbagai janji manis yang sampai sekarang masih tidak dilaksanakan.

Jangan hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikan!

Sekian

Terima Kasih.

Badrul Hisham Badrudin
Timbalan Presiden

KERAJAAN DARAKULA PKR ZALIM !

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...